suria

Joey Daud sanggup pakai baju bundle, mahu nampak berbeza artis lain

PELAKON dan pelawak Joey Daud mengakui lebih selesa sekiranya menggayakan pakaian terpakai (bundle) berbanding pakaian baru daripada butik berjenama.

Tidak pernah berasa malu memilih gaya sedemikian, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 52, berkata kebanyakan busana yang digayakan itu hasil rekaan dan olahan kreatifnya sendiri.

“Arwah Loloq pernah cakap apa beza saya dengan orang lain adalah pendidikan dan pengetahuan serta penampilan dengan artis lain, saya sanggup pakai bundle sebab kemungkinan besar saya seorang saja ada baju ni.

“Baju dalam butik semua orang ada tapi (thrift) walaupun ada duit tapi belum tentu semua orang ada…tapi kalau ada mungkin anda seorang yang bertuah memiliki hanya di Malaysia atau di dunia.

“Kebanyakkan pakaian saya ni semuanya saya reka dan olah sendiri sebab saya suka pelakon Johnny Depp jadi nak saya tiru gaya pakaiannya dan buat sendiri,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi