suria

Nama lambat ‘panas’, Jazmy Juma percaya rezeki sudah diatur... Ramai kata muka seiras Aiman Hakim

PELAKON baharu Jazmy Juma tidak terasa hati apabila ada segelintir pihak menggelarnya sebagai aktor 'lambat panas' berbanding rakan seperjuangan yang dicungkil bakat menerusi program Hero Remaja 2020.

Kata Jazmy atau Jazmy Khan Juma Khan, 27, dia tidak terlalu menghiraukan populariti sebaliknya hanya mahu memberikan yang terbaik dalam kerjaya termasuklah menyampaikan mesej berkesan menerusi lakonan.

“Alhamdulillah sekarang ini ramai semakin nampak saya. Ini mungkin adalah doa daripada orang ramai kepada saya.

“Lambat atau cepat panas itu saya tidak ambil kira perkara tersebut. Saya percaya yang Allah sudahpun atur rezeki kepada setiap umatnya. Satu hari nanti, rezeki saya juga akan sampai. Apa yang saya boleh cakap sekarang adalah Alhamdulillah,” katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai ramai peminat yang menyamakan wajahnya dengan pelakon Aiman Hakim Ridza, Jazmy mengambil perkara itu secara positif dan menegaskan dia mempunyai identiti sendiri.

“Aiman adalah orang baik, jadi kalau ada yang samakan saya dengan dia, semestinya gembira. Tetapi saya Jazmy yang mempunyai identiti dan diri saya sendiri,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi