suria

[V] Proses JKP Nora Ariffin gagal capai kata sepakat, kes cerai diteruskan ke hakam… “Malangnya kuasa talak bukan di tangan wanita”

PROSES Jawatankuasa Pendamai (JKP) melibatkan penyanyi Datuk Nora Ariffin dan suaminya, Dr Rushdi Ramli menemui jalan buntu apabila kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam, Selangor pada pagi Isnin.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 52, berkata suaminya kekal dengan pendirian untuk tidak melepaskannya walaupun dia sudah berusaha menunaikan segala permintaan sebelum ini.

“Kes kami diteruskan ke proses hakam sebab Dr Rushdi masih kekal dengan pendiriannya sebelum ini.

“Saya dah buat apa yang perlu dan saya juga sudah tunaikan permintaan, malangnya kuasa talak bukan di tangan wanita.

Nora enggan mengaitkan keluarga madu dalam kemelut rumah tangga bersama suami.

“Kalau masih ada pihak nak berhujah, silalah berhujah dengan suami puan (isteri pertama). Saya dah tak nak masuk campur, kalau boleh saya nak segera keluar daripada persekitaran yang toksik ini,” katanya kepada mStar.

Menurut Nora, dia tetap dengan keputusan untuk bercerai dan tidak akan menarik balik permohonan tersebut walau apapun yang berlaku.

Tarikh sebutan kes bagi proses hakam ditetapkan pada 3 September depan.

Mengulas lanjut, penyanyi lagu Hanya Satu itu enggan mengaitkan keluarga madu dalam kemelut rumah tangganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada perancangan tarik balik permohonan cerai, Nora serah kepada mahkamah buat keputusan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nora sudah penat turun naik mahkamah, suami belum putus asa memujuk

“Saya tak nak komen fasal keluarga isteri pertama, saya cuma nak sentuh tentang isu saya sahaja. Terserah merekalah,” ujarnya ringkas.

Berkaitan soal nafkah pula, Nora memilih untuk tidak mengulas panjang.

“Setakat ni fasal nafkah, apa saya boleh kata cuma Alhamdulillah,” jelasnya.

Terdahulu, Nora melantik kakak angkatnya, Rafeah sebagai wakil JKP manakala Dr Rushdi memilih rakannya, Syamsul Omar.

Kalau masih ada pihak nak berhujah, silalah berhujah dengan suami puan (isteri pertama).

NORA ARIFFIN

PENYANYI

Krisis rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian pada 12 Ogos tahun lalu selepas Nora memuat naik video yang memaparkan suaminya melafazkan cerai terhadapnya.

Disebabkan terlalu banyak memendam rasa, Nora akhirnya memfailkan permohonan cerai pada 21 April lalu.

Untuk rekod, Nora mengesahkan telah berkahwin dengan Dr Rushdi pada penghujung 2021. Sebelum itu, beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain