SEMPENA sambutan ulang tahun ke-20 mStar, portal ini akan mengimbau kembali kisah ‘throwback’ anak seni dan selebriti ketika mereka berusia 20 tahun.
Untuk episod kali ini, mStar menampilkan pelakon Arja Lee yang berkongsi pengalamannya ketika awal kemunculan sebagai seorang anak seni ketika usia muda.
Arja atau Azharudin Ramli, 42,memulakan karier sebagai seorang penari kebudayaan dan kemudiannya mengembangkan bakat lakonannya dengan menjadi pelakon teater sebelum bergelar seorang artis.
“Pada usia 20 tahun ketika itu saya bekerja sebagai penari sepenuh masa dan selepas itu saya melanjutkan pengajian di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) dalam bidang tarian.
“Ketika itu juga saya dibawah Swatari iaitu syarikat milik arwah Pak Ngah dan menjadi salah seorang pelajar bawah jagaan mereka.
“Saya juga diberikan peluang untuk menjadi penari latar untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza dan antara persembahan besar yang saya buat adalah lagu Nirmala di Anugerah Juara Lagu,”katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI