MENERIMA sambutan hebat penonton pada tahun 2024, drama Boleh Saya Bantu kembali bersiaran untuk musim kedua.
Menurut pengarahnya iaitu Shuhaimi Luar, musim ini akan menampilkan lebih aksi komedi dan kejutan yang tidak akan dijangka oleh penonton.
“Untuk musim kedua ini saya lebih menekan elemen komedi atau kelakar sebab saya mahu untuk musim baru ini lebih menyerlah berbanding musim pertama.
“Beberapa perubahaan sudah dibuat pertama dari segi karekter dan juga jalan ceritanya…kali ada babak aksi komedi maka anda perlu saksikan kerana ada beberapa pelakon undangan yang menarik,” katanya kepada mStar.
Drama Boleh Saya Bantu 2 dibintangi oleh Andi Bernadee, Riena Diana, Mark Adam dan Wanie Oii menemui penonton menerusi slot Lestary TV3 sejak Sabtu lalu.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI