suria

Watie masih trauma, belum sedia ‘reveal’ kehamilan... “Paling happy anak-anak”

ISTERI kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Watie Hanifiah memilih untuk tidak mengiyakan atau menafikan dakwaan dia kini sedang berbadan dua.

Watie, 36, berkata, dia masih berdepan trauma selepas mengalami keguguran sebelum ini dan belum bersedia untuk berkongsi perkara tersebut kepada umum dan hanya meminta mendoakan yang baik-baik.

“Selepas lalui fasa sebelum ini, saya memilih untuk minta doa yang baik-baik sahaja. Apa yang semua nampak itu, doakan sahaja. Waktu sekarang ini, belum sedia untuk kongsi.

“Saya tidak mahu menidakkan dan mengiyakan itu sebab masih trauma (dengan sebelum ini). Perkara lepas sangat beri kesan kepada saya. Saya selalu teringat benda itu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi