suria

Haneesya ada amalan jadi pendinding diri, jaga solat dan percakapan... Kongsi pengalaman seram ‘Malam Terlarang’

PELAKON Sharifah Haneesya mempercayai kewujudan perkara mistik malah yakin sehingga kini masih ada individu yang mengamalkan perbuatan khurafat dan syirik itu.

Bimbang perkara tidak baik itu terjadi kepada dirinya, Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 25, berkata dia sentiasa menjaga kelakuan dan mengamalkan amalan tertentu sebagai pelindungan.

“Mestilah saya percaya (mistik) sebab kita orang Islam. Saya yakin benda ini memang wujud dan ada juga orang kita amalkan benda ini. Daripada dulu lagi.

“Pendinding, saya tak tahu kalau ada orang dengki. Saya cuma jaga hati, mulut, saya fokus kepada amalan saya sendiri. Untuk sekarang, saya jaga solat, jaga percakapan, mulut dan sebagainya,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Haneesya meluahkan rasa syukur apabila selepas beberapa tahun berkecimpung dalam industri, dia akhirnya berpeluang membintangi filem Malam Terlarang.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi