suria

Rahmad Mega buat kerja belakang pentas, jadi crew konsert KRU... M Nasir puji berjiwa ‘survival’

ISTIMEWA Flashback kali ini akan mengimbau penglibatan karier penyanyi Rahmad Mega sewaktu diawal pembabitannya sekitar tahun 1987.

Memulakan karier seni bersama kumpulan Gerimis, Rahmad kemudiannya dipilih menggantikan vokalis asal Mega iaitu Zarith.

Hampir 40 tahun menjadi anak seni, Rahmad memberitahu dia melalui pelbagai rintangan dan cabaran.

Untuk meneruskan kelangsungan hidup, dia pernah melakukan pelbagai pekerjaan antaranya pernah berkhidmat sebagai kru produksi untuk konsert KRU, Awas pada tahun 1995.

“Saya simpan kepahitan itu sebagai satu azam untuk saya bangkit semula, memang orang nampak macam saya gembira tapi cita-cita untuk berjaya dan mengubah kehidupan itu tinggi.

“Selepas saya jadi penyanyi dan tidak lagi bersama kumpulan Mega, saya menjadi perhubungan awam untuk sebuah syarikat rakaman malah ketika itu saya pula menjaga penyanyi antaranya Niki Ardilla, Broery Marantika dan juga beberapa artis lain Malaysia.

“Selepas itu saya juga pernah menjadi kru konsert untuk kumpulan KRU iaitu konsert berjudul Awas pada tahun 1995, ketika saya kerja gulung kabel, angkat tong dan juga buat kerja-kerja belakang tabir sedangkan ketika itu saya bergelar seorang penyanyi,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH FLASHBACK YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi