suria

Niat Yusuf Bahrin cari rezeki, bukan saja-saja lakon babak sentuh wanita... “Takkan saya nak ikut cakap orang je!”

DIKECAM gara-gara memuat naik gambar tidak menutup aurat ketika menyertai sebuah kejohanan bola sepak, pelakon Yusuf Bahrin mengakui perkara itu berlaku disebabkan kesilapan dirinya sendiri.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Yusuf atau nama lengkapnya Muhammad Yusuf Bahrin, 33, memberitahu keadaan ketika itu memaksa dia untuk tidak memakai legging seperti kebiasaan.

“Saya faham itu aurat. Kadang-kadang kita buat silap, manusia biasalah. Kadang ada benda yang terlepas pandang.

“Ada keadaan yang memaksa saya untuk tidak memakai legging. Masa tu saya ada pertandingan dekat Johor. Saya sahaja tahu keadaan diri saya, sama ada selesa atau tidak. Waktu itu, saya terpaksa buka legging,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Yusuf turut menerima kecaman dan teguran netizen kerana melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.

“Saya fikir balik... lantaklah! Bukan mereka bayar duit rumah saya, saya yang kena sediakan makan minum atas meja. Takkan saya nak ikut cakap orang je!

“Kita buat atas dasar kerja, amanah untuk lakonkan watak itu. Biasalah orang akan terus bercakap,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi