GARA-GARA menganjurkan perlawanan snuker Call Out 3.0, personaliti media sosial Zukie Mohamad dituduh terlibat aktiviti perjudian.
Menafikan perkara tersebut, Zukie atau nama sebenarnya Zulkifli Mohamad, 33, berkata, dia tidak pernah terbabit dengan aktiviti tidak bermoral itu, malah setiap perlawanan dianjurkan adalah mengikut syarat yang ditetapkan.
”Bila anjurkan perlawanan snuker ni banyak juga pengaruh negatif ni yang saya terima siap orang cakap saya berjudi, tapi itu semua atas diri dan kehendak saya untuk berjudi atau tidak.
“Bila main di mana-mana kawasan pun memang saya sudah tetapkan pendirian untuk tidak berjudi sebab sukan snuker ni bersih tapi yang berjudi adalah individu.
“Paling terkejut apabila ada juga keluarga saya yang cakap kononnya berjudi sebab asyik dengan sukan ni, susah sebenarnya nak buang perspektif orang ni,” katanya kepada mStar.
Sementara itu, perlawanan snuker Call Out 3.0 telah dimenangi oleh Datuk Ramli MS sewaktu menentang Zukie.
Seterusnya, Ramli MS akan meneruskan saingan menentang Johan Raja Lawak pula dalam perlawanan akan datang.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































