PELAKON Yana Samsudin terbuka sekiranya diberikan peluang menjadi salah seorang peserta program nyanyian Gegar Vaganza.
Yana atau Nurliana Samsudin, 41, bagaimanapun berkata dia masih perlu meminta izin suaminya iaitu Fadzil Zahari terlebih dahulu.
“Saya buat masa ini belum ada tawaran untuk menyertai program tu jadi tak terfikir lagi, sebelum ini saya pernah masuk The Mask Singer cuma orang tak nampak macam Gegar Vaganza.
“Sekarang ini apa sahaja saya lakukan kena minta izin suami, kalau suami izinkan baru saya lakukan, sebabnya masa dengan anak-anak itu penting... Maklumlah anak dah empat kan!
“Lagipun saya dah lama tak menyanyi, jadi rasa lain kalau nak masuk program macam ini, saya kena tengok jadual pihak produksi dulu dan dengan keizinan suami,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































