suria

Ebby Yus dedah TV swasta utamakan rancangan boleh jual, pelawak kena cari peluang lain

PELAWAK Ebby Yus berkongsi pandangannya mengenai perubahan landskap industri lawak di televisyen yang kini dilihat semakin berkurangan.

Menurut Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 61, stesen televisyen swasta kini lebih mementingkan program yang mampu memberi pulangan keuntungan berbanding stesen kerajaan yang mempunyai dana untuk membangunkan industri kreatif. 

"Stesen swasta pentingkan apa yang boleh jual, bukan macam stesen kerajaan yang ada dana peruntukan sendiri.

"Kalau lawak kau dah tak boleh jual, mereka takkan buat. Tak kisah kau siapa.

"Selain komedi, mereka tengok rancangan lain yang boleh jual.  Tak boleh kata apa, mereka cari duit," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai cabaran pelawak masa kini, Ebby berkata, mereka perlu lebih kreatif dan tidak terlalu bergantung kepada televisyen semata-mata.

"Pelawak sekarang cerdik-cerdik, jangan tumpu stesen TV sahaja. Gunakan peluang lain untuk cari pendapatan," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi