suria

[V] Sah ke solat selepas terdengar laungan azan waktu lain? Ini penjelasannya

Solat adalah tiang agama bagi umat Islam.

KESESAKAN jalan raya dan kesibukan tugas harian sering menjadi sebab kebanyakan umat Islam solat di akhir waktu.

Terdapat senario di mana segelintir individu cuba menunaikan solat sebelum tamat waktu, namun dia kemudiannya berhenti selepas terdengar laungan azan yang menandakan telah masuk waktu solat lain.

Bukan sahaja kesal kerana terlewat menunaikan solat, dia juga kecewa kerana terlepas waktu sehingga perlu qada' ibadah yang tertinggal.

ARTIKEL BERKAITAN: Lewat masuk saf solat jemaah, perlu ke 'pecut' baca al-Fatihah sampai habis? Ini penjelasan untuk makmum masbuk

Jika anda turut mengalami situasi sama, ini penjelasan daripada Geng MKN atau Imam Masjid Kampung Nakhoda berhubung membatalkan solat selepas terdengar laungan azan yang menandakan waktu baharu sudah bermula.

"Haram kalau sengaja berhentikan solat, oleh itu jangan berhenti dan tetaplah solat seperti biasa.

"Kata (Imam) An-Nawawi dalam (kitab) Majmuk Syarah Muhadzab, jika seseorang itu sempat takbiratulihram dalam waktu solat, kemudian tamat pula waktu solat... maka solat itu sah secara ijmak ulama," ujarnya menjelaskan senario yang kebiasaannya berlaku dalam kalangan umat Islam masa kini.

Susulan itu, ujar beliau, mereka yang sempat mengangkat takbiratulihram sebelum waktu tamat, maka solat itu dikira sebagai solat tunai.

Individu itu juga tidak perlu melakukan qada solat.

Artikel Lain