suria

[V] Imam bangun lepas sujud terakhir, jemaah kekal duduk... Akhirnya semua ketawa! Ini apa sepatutnya dilakukan

Tangkap layar video tular menunjukkan kesilapan yang dilakukan seorang imam.

TULAR satu rakaman video solat jemaah memaparkan seorang imam kembali berdiri selepas sujud terakhir, manakala barisan jemaah kekal dalam keadaan duduk antara dua sujud.

Difahamkan kejadian berlaku semasa lelaki berkenaan mengimamkan solat Maghrib.

Berdasarkan video tular itu, imam berkenaan bagaimanapun kembali kepada kedudukan akhir dalam solat selepas menyedari kesilapannya.

Dia kemudian meneruskan solat seperti biasa dan memberi salam.

Sejurus memberikan salam, jemaah di belakang dilihat mentertawakan dirinya dan menyatakan bahawa dia melakukan lebih rakaat dalam solat jemaah yang baru diimamkan.

Situasi yang berlaku itu menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan warga maya.

Ada yang menyatakan imam seharusnya melakukan sujud sahwi kerana berlaku kecacatan dalam solat.

Namun sebilangannya menyatakan solat tidak terbatal kerana imam tidak menambah rakaat sebaliknya terus menyelesaikan solat selepas menyedari kesilapan dilakukan.

Kebanyakan umat Islam gemar melakukan solat jemaah. -Gambar hiasan

Kebanyakan umat Islam gemar melakukan solat jemaah. -Gambar hiasan

Berdasarkan laman sesawang ecentral.my solat sahwi dilakukan selepas bacaan tahiyat akhir dan sebelum salam, bagi menutup kecacatan dalam solat seseorang muslim sama ada secara sengaja atau terlupa.

Menerusi rakaman tersebut, imam terbabit berkemungkinan terlupa atau ragu-ragu dalam solatnya.

Keraguan dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. 

Terdapat dua jenis keraguan iaitu seseorang lebih cenderung kepada satu hal (lebih 50 peratus pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat.

Maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.

Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak cenderung pada salah satunya (hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. 

Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

Jika seseorang menyedari dirinya terlebih atau terkurang dalam rakaat juga perlu melakukan sujud sahwi.

Artikel Lain

Keanu Reeves dah kahwin!