suria

Raikan Deepavali, eratkan silaturahim… Ini 5 cara rayakan bersama jiran dan rakan dengan penuh adab

Menghadiri rumah terbuka adalah salah satu cara meraikan perayaan kaum lain bagi menunjukkan semangat perpaduan. -Gambar hiasan

HARI ini masyarakat India beragama Hindu di Malaysia menyambut Deepavali. 

Menurut kepercayaan mereka, Deepavali atau Pesta Cahaya adalah waktu yang sangat istimewa untuk meraikan kemenangan kebaikan atas kejahatan dan cahaya atas kegelapan.

Ia disambut dengan penuh semangat, bukan sahaja penganut agama Hindu, tetapi juga oleh rakyat Malaysia lain yang menghargai nilai perpaduan dan kebersamaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sangai sendiri rempah, baru autentik! Jom cuba resipi kari kambing Kuzhambu hidangan istimewa Deepavali, pasti menjilat jari

Dalam suasana masyarakat majmuk seperti di Malaysia, soalan sering timbul dalam kalangan umat Islam adalah bagaimana cara meraikan Deepavali dengan jiran atau rakan, tanpa melanggar batas agama?

Sebenarnya, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh seorang Muslim untuk meraikan Deepavali bersama jiran atau rakan bukan Islam dengan penuh hikmah dan tertib tanpa melanggar akidah, iaitu:

1. Ucapan Hari Deepavali

Berikan ucapan Selamat Deepavali atau Happy Deepavali kepada jiran anda. Mesra, ringkas, dan penuh makna.

Memetik perkongsian pendakwah bebas Ustazah Asma' Harun, dibenarkan memberi ucapan sekiranya ia atas dasar kemasyarakatan dan perpaduan.

Harus hukumnya dengan syarat tidak mengiktiraf atau memuliakan agama tersebut, dan haram hukumnya jika ia iktikad seperti mengiktiraf agama berkenaan.

Hidangan enak sempena Deepavali. -Gambar hiasan

2. Hadir ke rumah terbuka 

Jika dijemput, hadir dengan niat silaturahim dan bukan menyertai ritual agama secara khusus.

Jamahlah makanan yang diyakini halal dan pastinya mereka juga memahami sensitiviti agama Islam.

Ia adalah satu cara untuk menyokong perpaduan.

3. Menawarkan bantuan

Contohnya menawarkan bantuan yang sesuai atas semangat kejiranan, contohnya membantu penyediaan makanan (halal), membersihkan halaman, bantuan untuk yang kurang berkemampuan dan sebagainya.

4.  Bawa makanan

Paling mudah dan 'selamat' adalah membawakan makanan.

Sebagai contoh kudapan seperti maruku, manisan yang sinonim dengan masyarakat India atau buah-buahan. 

5. Beri hadiah

Selain makanan, anda juga boleh memberikan hadiah. Deepavali sinonim dengan cahaya, jadi sesuai untuk anda hadiahkan lilin elektrik, lampu hiasan dan sebagainya.

Artikel Lain