APALAH erti hari lebaran sekiranya kita tidak disajikan dengan iklan raya tempatan yang sarat dengan emosi sehingga mampu membuat penonton menitiskan air mata.
"Kalau tak cakap, maknanya tak sayang ke?"
Begitulah persoalan yang dibawakan menerusi filem pendek Ramadan dan Raya, ‘Secukupnya Raya Ini’, yang merupakan hasil sentuhan platform penghantaran on-demand terkemuka iaitu Lalamove.
Kisah ini membuka mata kita tentang kasih sayang seorang bapa yang mungkin tidak selalu diungkapkan dengan kata-kata, namun tetap terpancar dalam setiap pengorbanannya.
Berdurasi lapan minit, filem pendek ini menyoroti kisah menyentuh hati antara seorang ayah dan anaknya, Teja.
Salah satu babak dalam iklan raya ‘Secukupnya Raya Ini’.
‘Secukupnya Raya Ini’ menyingkap kehidupan seorang bapa, yang merupakan orang kurang upaya (OKU), yang mencari rezeki sebagai pemandu Lalamove demi menyara kehidupan mereka yang sederhana.
Walaupun berdepan pelbagai cabaran, kasihnya terhadap anaknya Teja tidak pernah luntur.
Dengan penuh keazaman, dia berusaha mencari rezeki lebih demi membahagiakan Teja, lebih-lebih lagi apabila hari ulang tahun kelahiran anaknya itu jatuh pada Hari Raya.
Namun, konflik mula timbul apabila Teja tidak menyedari betapa besar pengorbanan bapanya, hanya kerana kasih sayang itu tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata.
Filem pendek yang diinspirasi daripada kisah benar rakan pemandu Lalamove.
Diinspirasikan daripada kisah benar rakan pemandu Lalamove, filem ini mengetengahkan realiti mereka yang berkorban untuk mencari rezeki demi membahagiakan keluarga dan membantu masyarakat, terutamanya di musim perayaan.
Lalamove, yang merangkul Anugerah Emas bagi kategori e-dagang di Putra Aria Brand Awards 2024 pada Januari lalu, berharap filem pendek ini menjadi peringatan buat semua supaya lebih menghargai pengorbanan insan tersayang.
Kasih sayang mungkin tidak selalu sempurna, tapi ia tetap ada dalam setiap usaha dan keikhlasan. Setuju tak?
Menerima respons yang positif, malah membuatkan ramai sebak sehingga meleleh air mata, filem pendek ini meraih lebih 20,000 tontonan di laman YouTube sejak tayangannya pada 1 Mac lalu.
Bagi penggemar iklan raya yang berinspirasi dan meruntun jiwa, pastikan anda menyaksikan iklan raya 2025 Lalamove ‘Secukup Raya Ini’ di YouTube.