suria

Doktor beri 5 kesan jika faraj terlalu lama ‘tidur’, wanita perlu ambil serius

Masalah terkucil boleh berlaku apabila otot pelvis lemah. -Gambar hiasan

MITOS dan salah faham berkaitan vagina atau faraj sering berlegar-legar dalam kalangan masyarakat  juga menerusi perkongsian di media sosial.

Salah satu daripadanya, ramai mempersoalkan tentang keanjalan alat sulit wanita termasuk kemungkinan ia menjadi sempit apabila jarang 'digunakan'.

Menjelaskan tentang situasi ini, pakar perubatan Dr Raihana Ismail berkata, terdapat lima perubahan yang boleh berlaku apabila vagina 'tidur' terlalu lama.

1. Dinding faraj boleh jadi kurang anjal

Tanpa rangsangan seksual yang kerap, aliran darah ke kawasan vagina boleh berkurang dan menyebabkan kolagen dan elastin dalam dinding faraj merosot.

2. Kelenjar pelincir boleh jadi kurang aktif

Ia akan menyebabkan kekeringan dan tidak selesa apabila anda ingin melakukan hubungan seksual.

3. Lantai pelvis jadi lemah

Apabila jarang 'digunakan', lantai pelvis akan menjadi lemah seterusnya berisiko mudah terkucil apabila bersin.

Aktiviti seksual menguatkan otot lantai pelvis yang penting untuk mengawal pundi kencing dan elak rahim jatuh.

4. Apabila pelincir berkurang, flora baik vagina berkurang

Ia memberi kesan kepada pH dan membuatkan anda berisiko dijangkiti yis atau bakteria vaginosis boleh meningkat.

5. Hormon estrogen akan menurun

Tanpa rangsangan seksual hormon estrogen dan testosteron mula menurun.

Akibatnya, keinginan seksual anda semakin pudar dan susah 'turn on' (terangsang).

Bagaimanapun, terdapat cara untuk menjaga vagina walaupun tanpa melakukan hubungan seksual.

Menurut Dr Raihana, senaman kegel dapat membantu menguatkan otot lantai pelvis seterusnya mengelakkan masalah faraj longgar ataupun rahim jatuh.

Artikel Lain