suria

Ramai ada ‘masalah’, masuk kedai serbaneka murah mesti sakit perut nak membuang... Doktor beri 3 punca!

Kedai serbaneka turut menjadi tumpuan pelajar sekolah. -Gambar hiasan

KEDAI serbaneka yang menawarkan harga murah dan berpatutan sememangnya menjadi tumpuan masyarakat.

Ada yang gemar menghabiskan masa selama berjam-jam di dalamnya hanya sekadar ingin menjamu mata malah ada yang menganggap masuk ke kedai ini sebagai satu terapi.

Bagaimanapun, setiap kali memasuki ruangan kedai seperti itu, ada dalam kalangan kita pasti akan berasa sakit perut sehingga ingin membuang air besar.

Mungkin ada yang berasa bimbang dengan situasi dialami, namun jangan khuatir kerana ia adalah perkara normal ya.

Pakar perubatan, Dr Raihana Ismail menghuraikan tentang 'sindrom' ini dengan mengambil contoh kedai serbaneka seperti Eco dan Daiso.

"Perkara ini bernama Mariko Aoki Phenomenon. Istilah ini berasal dari Jepun, pertama kali disebut dalam sebuah majalah pada tahun 1985 oleh seorang wanita bernama Mariko Aoki.

"Dia perasan setiap kali masuk kedai buku, dia akan rasa nak berak secara tiba-tiba dan lama kelamaan, ramai yang mengaku perkara sama," katanya.

Plastik, kertas dan buku akan menghasilkan bauan spesifik yang memberi ransangan kepada usus. -Gambar hiasan

Plastik, kertas dan buku akan menghasilkan bauan spesifik yang memberi rangsangan kepada usus. -Gambar hiasan

Kenapa rasa nak 'membuang' apabila masuk ke dalam Eco, Daiso mahupun kedai buku?

1. Bau kertas, plastik dan barang murah

Kedai-kedai ini banyak terdapat barang baharu daripada plastik, buku, kertas dan bau spesifik ini boleh mencetuskan reaksi dalam usus.

Scented trigger ini akan aktifkan sistem saraf parasimpatetik yang kawal pergerakan usus.

2. Suasana tenang, sunyi dan sejuk

Suasana ini membuatkan badan terasa lebih relaks. Apabila tubuh berasa relaks, sistem penghadaman pun aktif, perut pun mula 'berbisik'.

Sama seperti apabila kita duduk rumah yang tiada gangguan, memang akan tiba-tiba rasa nak ke tandas.

3. Psikologi dan rutin otak

Kalau badan sudah pernah terlatih rasa nak berak dalam suasana kedai seperti itu, otak akan trigger secara automatik setiap kali jejak kaki dalam kedai-kedai seumpamanya.

Situasi itu disamakan dengan condition response.

 

Artikel Lain