PASTI ramai dalam kalangan suami mahupun isteri yang pelik apabila melihat pasangan mereka tiba-tiba tidur berdengkur selepas digaru belakang.
Bagi sesetengah pasangan suami isteri, ia merupakan rutin biasa di kamar tidur kerana dianggap sebagai cara untuk bermesra selepas seharian terpisah disebabkan urusan kerja.
Namun sebenarnya, aktiviti garu belakang dapat membantu pasangan menjadi lebih tenang dan relaks seperti dijelaskan pakar perubatan dan pengasas susu Efferty, Dr Raihana Ismail.
1. Rasa tenang dan selamat
Sentuhan lembut di belakang badan boleh aktifkan saraf parasimpathetik iaitu sistem yang boleh membuatkan anda berasa relaks.
Sebagaimana bayi suka dibelai, begitulah juga orang dewasa.
Namun, tidak semua sedar bahawa perbuatan garu belakang adalah signal bahawa anda selamat dan mudah tidur lena.
Badan yang relaks memberi keselesaan kepada sesiapa sahaja. -Gambar hiasan
2. Lepaskan hormon tenang oksitosin
Apabila kita digaru atau disentuh penuh kasih sayang, otak akan lepaskan oksitosin.
Hormon ini dikenali sebagai hormon peluk atau bonding hormon yang membuatkan pasangan rasa lebih rapat, tenang dan emosi lebih stabil.
3. Sentuhan adalah bahasa cinta
Ramai yang cakap bahawa love language adalah sentuhan fizikal.
Justeru, apabila digaru pada bahagian belakang, pasangan adakan rasa disayangi walaupun tanpa mengucapkan apa-apa.
Kadang-kadang garu belakang itu lebih baik daripada ungkapan sayang.
4. Titik refleksi banyak di belakang
Sebenarnya bahagian belakang badan ada banyak titik saraf dan refleksi.
Apabila digaru, ia seolah-olah terapi ringan dan membantu melepaskan tekanan yang terkumpul selama seharian.