suria

Tiba-tiba rebah di gim, lelaki usia 52 tahun maut akibat serangan jantung... Doktor jelaskan punca kematian

Serangan jantung boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja. -Gambar hiasan

SERANGAN jantung semasa bersenam di gimnasium menjadi satu situasi yang dibimbangi masa kini. 

Terbaharu, seorang lelaki berusia 52 tahun tiba-tiba rebah ketika bersenam di sebuah gim.

Menerusi rakaman kamera pengawasan (CCTV), mangsa didapati meletakkan dumbbell di atas lantai sebelum tiba-tiba rebah.

Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. 

Kejadian dilaporkan berlaku di  di Jabalpur, India.

Video yang menyayat hati itu telah mencetuskan kebimbangan mengenai risiko kesihatan yang berkaitan dengan senaman, terutamanya bagi individu pertengahan umur.

Menyedari hal itu, Pengerusi Sains Jantung, Kardiologi Intervensi, Hospital Livasa, Mohali, Dr Harinder K Bali tampil memberi penjelasan.

Menurutnya, serangan jantung dalam kalangan pengunjung gim semakin meningkat disebabkan senaman yang melampau, masalah jantung yang tidak didiagnosis dan gaya hidup. 

Mangsa meletakkan dumbell sebelum rebah dan dibantu pengguna gym yang lain.

Mangsa meletakkan dumbell sebelum rebah dan dibantu pengguna gym yang lain.

"Senaman seperti mengangkat berat boleh membebankan jantung, terutama bagi mereka yang menjalani gaya hidup yang tidak aktif sebelum ini.

"Ramai orang memulakan rutin yang ketat tanpa pemeriksaan atau bimbingan perubatan yang betul," katanya.

Masalah turut dihadapi apabila seseorang itu tidak melakukan diet dengan baik, mengalami tekanan serta kurang tidur.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi tip bagi mengelakkan insiden sama berulang kepada individu lain menerusi Hindustan Times.

1. Lakukan pemeriksaan kesihatan

Lakukan sendiri terutama jika keluarga anda mempunyai sejarah penyakit jantung.

Anda yang berusia 40 tahun dan ke atas juga digalakkan melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum memulakan senaman yang ketat. 

Ini kerana EKG, ekokardiogram atau ujian tekanan boleh mengenal pasti risiko yang berlaku tanpa sedar.

2. Bina kecergasan anda secara beransur-ansur

Semua orang mengimipikan kesihatan yang baik.

Namun jangan mulakan dengan usaha yang mendadak dan berlebihan.

Memaksa diri melalui aktiviti yang keras dan ketat boleh memberi kesan pada tubuh.

3. Gimnasium dan pusat sukan mesti dilengkapi dengan Automated External Defibrillators (AEDs)

Tidak dinafikan, ramai yang gemar melakukan senaman di gimnasium kerana suasana yang lebih tenang dan santai.

Bagaimanapun, kebanyakan pemilik tidak menyediakan kelengkapan kit pertolongan cemas yang sewajarnya.

Oleh itu, Dr Bali menasihatkan supaya AEDs disediakan di setiap gim kerana ia boleh membantu menyelamatkan nyawa.

Alatan yang digunakan ini memberikan kejutan listrik pada jantung seseorang yang mengalami serangan jantung.

Artikel Lain