suria

Wanita bercerai kena pandai urus, kawal nafsu! Ini 4 cara elak terjerat zina, onani bukan penyelesaian

Banyak aktiviti boleh dilakukan untuk menyibukkan diri selepas bercerai. -Gambar hiasan

HUBUNGAN seks merupakan salah satu elemen penting dalam perkahwinan yang sihat dan bahagia.

Namun, bagi sesetengah wanita yang sudah bercerai, isu ketiadaan hubungan seks boleh menjadi satu cabaran emosi dan mental yang besar.

Di aplikasi X, seorang wanita turut meraih perhatian ramai netizen selepas berkongsi kisah tentang dirinya yang berdepan masalah itu.

"Hi, saya wanita berusia 30 tahun. Hanya mahu bertanya untuk pasangan yang sudah bercerai, macam mana anda tahan rasa 'kemut' tu?

"Serius, saya tengah struggle gila," kongsi wanita itu sehingga dia dihujani pelbagai respon pelayar X.

Beberapa individu turut memberi cadangan untuk wanita itu termasuklah memuaskan diri sendiri dengan cara onani.

Namun, ramai netizen menyelar penyelesaian dengan cara itu yang dilihat tidak wajar, apatah lagi bagi yang beragama Islam.

Sebaliknya, mereka memberi cadangan yang lebih sihat dan bermoral untuk wanita itu menangani nafsunya.

"Jangan tengok Netflix atau apa sahaja movies. Jangan berkawan dengan lelaki bukan muhrim. Banyakkan baca buku 'self help', buka agama dan al-Quran.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Wanita bercerai juga berhak untuk bahagia. -Gambar hiasan

"Puasa Nabi kata. Biar otak tu sangkut dekat perut je. Yang paling penting, sebelum puasa doa dulu minta tolong Allah sebab Allah yang berkuasa. 

"Bersenam boleh mengurangkan tekanan dan mengalihkan fokus daripada keinginan seksual," tulis beberapa netizen.

Berikut merupakan beberapa cara lagi untuk wanita bercerai menguruskan keinginan seksual:

1. Fahami diri 

Pertama sekali, penting untuk sedar yang keinginan itu bukan satu dosa atau kelemahan, sebaliknya ia adalah fitrah manusia. 

Menerima perasaan itu dengan penuh kesedaran tanpa rasa malu atau bersalah boleh membantu seseorang menguruskannya dengan lebih rasional.

2. Alihkan fokus

Libatkan diri dalam aktiviti yang memberi kepuasan emosi dan mental seperti bersenam, mengemas rumah, membaca, menulis jurnal, menyertai komuniti wanita bercerai atau membina kemahiran baharu. 

Apabila fikiran sibuk dengan perkara positif, keinginan itu menjadi lebih mudah dikawal.

3. Dekatkan diri dengan agama

Bagi yang beragama Islam, memperkukuh hubungan dengan Allah melalui solat atau zikir boleh memberi ketenangan dan kekuatan dalaman. 

Dalam masa sama, carilah sokongan emosi melalui terapi, kaunseling atau berkongsi cerita dengan rakan-rakan yang memahami.

4. Terapi seksual 

Bagi wanita yang benar-benar terjejas secara emosi akibat konflik dalaman berkaitan seksualiti, sesi bersama pakar terapi seksual atau kaunselor bertauliah boleh membantu mengenal pasti punca tekanan dan memberi strategi pengurusan yang sesuai.

 

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia