KENTUT merupakan perkara biasa dan semua manusia tidak terlepas daripada melakukannya.
Namun, setiap individu mengalami kekerapan kentut berbeza, bergantung kepada pemakanan dan kesihatan mereka.
Menurut laman advokasi kesihatan Public Health Malaysia, kentut sebenarnya adalah 'bahasa rahsia' usus yang sihat.
Malah di sebalik bau dan bunyi kentut itu, tersingkap banyak fakta yang masih tidak diketahui umum.
1. Kentut 10 hingga 25 kali sehari adalah normal. Ia menandakan usus kita aktif dan bakteria baik sedang bekerja.
2. Kebanyakan kentut tidak berbau. 99 peratus kompisis gas ialah nitrogen, oksigen, karbon dioksida dan metana yang tidak berbau.
Makanan yang dimakan juga mempengaruhi bau kentut seseorang. -Gambar hiasan
3. Bau kentut yang kuat datang daripada sulfur. Makanan tinggi sulfur seperti telur, daging merah dan bawang hasilkan gas hidrogen sulfida (bau busuk).
4. Manusia juga boleh kentut semasa tidur kerana otot lebih relaks dan usus tetap bergerak walaupun tubuh berehat.
5. Kentut tak berbunyi biasanya lebih busuk. Ia bergerak perlahan, lalu lebih banyak gas sulfur terperangkap.
6. Kentut tak berbau biasanya dari udara yang ditelan. Contohnya ketika minum dengan straw, makan laju atau banyak bercakap semasa makan.
7. Wanita kentut sama banyak dengan lelaki.
8. Kentut berlebihan mungkin juga petanda masalah kesihatan. Contohnya intoleransi laktosa, (IBS) dan sembelit.
9. Diet tinggi serat hasilkan lebih kentut.
10. Tahan kentut terlalu lama boleh menyebabkan gas naik ke atas. Ini menyebabkan rasa kembung, sendawa berlebihan atau tekanan dalam perut.
11. Stres boleh mengganggu corak kentut. Ini kerana tekanan emosi mempengaruhi pergerakan usus dan pengeluaran gas.