suria

[V] Finalis MasterChef bunuh pembantu rumah, ini 10 fakta kes mungkin buat anda terkejut

Etiqah dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumahnya.

KISAH mengenai bekas finalis MasterChef Malaysia, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulong yang membunuh pembantu rumahnya kecoh dan menjadi bualan ramai.

Etiqah, 37, dan bekas suaminya, Mohammad Ambree Yunos @ Unos, 44, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 34 tahun selepas didapati bersalah membunuh Nur Afiyah Daeng Damin, 28, antara 8 hingga 11 Disember 2021 pada Jumaat lalu.

Perbuatan jenayah itu dilakukan di Amber Tower, Kondominium Lido Avenue, Penampang, Sabah.

Mohammad Ambree turut dikenakan hukuman 12 sebatan manakala Etiqah dikecualikan daripada hukuman tersebut secara mandatori atas faktor jantina mengikut Seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah.

Etiqah dan bekas suaminya dijatuhi hukuman penjara 34 tahun.

Berikut 10 fakta tentang kes ini:

1. Pasangan ini sendiri yang membuat laporan polis berkaitan kematian mangsa dengan mendakwa menemukan pembantu rumah itu tidak sedarkan diri selepas mereka pulang bercuti dari Kundasang.

2. Jenayah berlaku antara 8 hingga 11 Disember 2021 dan pasangan tersebut ditahan tidak lama kemudian iaitu pada 14 Disember.

3. Si mati mengalami lapan kecederaan tisu lembut dalam mulut serta trauma pada enam batang gigi hadapan, termasuk gigi tengah dan sisi yang menunjukkan tanda-tanda seperti telah digenggam dengan kuat, seolah-olah seseorang cuba mencabutnya menggunakan playar.

Pakar Forensik Odontologi Dr Norhayati Jaffar dari Unit Pergigian Forensik, Jabatan Pembedahan Mulut & Maksilofasial, Hospital Kuala Lumpur dalam keterangannya sebagai saksi berpendapat ada cubaan untuk mencabut gigi-gigi ini secara paksa yang tidak berjaya.

Video lama di YouTube kembali tular selepas Etiqah dijatuhi hukuman.

4. Ketika prosiding sebelum ini, Etiqah pada mulanya tidak dibenarkan diikat jamin, namun Mahkamah Rayuan kemudiannya membenarkan jaminan atas faktor kebimbangan kesihatan mental serta tanggungjawabnya menjaga anak kembar autistik.

5. Etiqah merupakan peserta MasterChef Malaysia musim kedua yang disiarkan pada 2012 ketika dia berusia 34 tahun dan Bekas suami Atiqah iaitu Mohammad Ambree merupakan seorang kontraktor.

6.Etiqah berasal dari Sabah dan merupakan graduan universiti yang memiliki ijazah pascasiswazah dalam bidang Geologi.

Etiqah menyertai MasterChef musim kedua pada 2012.

7. Salah satu episod program MasterChef [Tonton Video] yang memaparkan temu bual pendek Etiqah di YouTube kembali tular dan dihujani banyak komen netizen selepas dia dijatuhi hukuman.

8. Sepanjang bekerja, pembantu rumah itu tidak menerima hak asas sebagai manusia seperti bayaran gaji dan tidak dibenarkan pulang ke rumahnya.

9. Terdapat video dan imej yang diperoleh daripada telefon bimbit tertuduh memaparkan bukti nyata penyeksaan dialami si mati.

10. Suami mangsa tidak cam wajah si mati kerana keadaannya yang sangat teruk, namun berjaya mengenal pasti mayatnya berdasarkan gelang dipakai di pergelangan tangan.

Artikel Lain