suria

Jangan sayang sangat kasut lama, kena tukar setiap 12 bulan elak sakit kaki

Kasut yang sudah rosak boleh menjadi punca kaki sakit. -Gambar hiasan AI

SESETENGAH individu cenderung memakai pakaian dan kasut sama dalam tempoh yang lama.

Namun begitu, tidak semua yang kelihatan elok di luar masih berfungsi dengan baik. 

Contohnya, kasut yang sudah lama dipakai boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan kaki.

Malah, kesan negatif ini sudah tentu lebih dirasai oleh golongan tua yang kebanyakannya mengalami masalah otot dan sendi.

Berikut antara risiko akibat memakai kasut yang sudah haus atau tidak sesuai:

1. Hilang keseimbangan

2. Postur badan yang lemah

3. Risiko terjatuh atau rebah

4 .Kecederaan kaki atau buku lali

5. Melecet dan luka

6. Ketuat

Warga emas perlu memakai kasut yang betul kerana mereka berdepan risiko lebih tinggi berbanding orang muda. -Gambar hiasan AI

7. Sakit tulang kering (shin splints)

8. Plantar fasciitis (keradangan pada tisu tebal yang menyambungkan tulang tumit ke jari kaki dan menyokong lengkungan tapak kaki)

9. Tendonitis Achilles (keradangan atau kecederaan urat besar di belakang buku lali yang menghubungkan otot betis ke tulang tumit)

10. Masalah otot dan sendi kaki yang lain

Tiga tanda sudah tiba masanya anda tukar kasut

1. Kasut rosak

Berlubang, koyak, tapak haus atau kusyen dalaman yang tidak lagi menyokong kaki merupakan tanda-tanda kasut anda perlu diganti.

Walaupun rupa luarannya masih nampak elok, bahagian dalam yang sudah hilang fungsi boleh menyebabkan ketidakselesaan ketika berjalan. 

2. Sakit kaki

Jika anda mengalami rasa tajam atau sakit pada kaki, ia mungkin berpunca daripada kasut. 

Rasa sakit boleh muncul semasa melakukan aktiviti tertentu atau berlarutan selepas kasut ditanggalkan.

Jadi, ini mungkin memberi petanda kasut anda sudah tidak elok dan perlu ditukar segera.

3. Kasut melebihi usia satu tahun

Secara am, pakar ortopedik mencadangkan kasut diganti setiap lapan ke 12 bulan, lebih-lebih lagi jika digunakan secara aktif.

Keperluan untuk menukar kasut ini lebih tinggi jika anda menggunakannya untuk aktiviti berat dengan kerap.

Artikel Lain