SELEPAS berkahwin, sesetengah wanita memilih untuk menamatkan kerjaya profesional dan menjadi suri rumah sepenuh masa.
Peralihan ini kadangkala memberi kesan kepada daya pemikiran, sehingga sesetengah wanita merasakan tahap kecerdasan mereka tidak 'setajam' ketika masih bekerja.
Di Thread, seorang wanita berkata dia mengalami banyak perubahan selepas bergelar suri rumah.
"Dark side setelah lapan tahun jadi suri rumah, jadi speech delay, tak suka bergaul dengan orang dan hilang keyakinan diri.
"Otak juga makin lembab, tak glow up, semakin baran dan suka banding hidup dengan orang lain. Tapi itu dulu, sekarang dah glow up balik.
"Bahagia itu pilihan, jadi kejarlah ia. Aku pun ada hak untuk gembira," tulis wanita itu.
Ramai alami benda sama
Di ruangan komen, beberapa wanita lain turut berkongsi pandangan sama dan mendakwa hidup mereka semakin 'mundur' selepas meninggalkan kerjaya profesional.

Ramai wanita melepaskan kerjaya demi menguruskan anak dan keluarga. -Gambar hiasan AI
"Saya pernah jadi suri rumah sekejap masa pandemik. Jadi takut sangat nak keluar untuk bercakap dengan orang.
"Yang jadi baran tu juga betul. Saya dulu jenis tak pandai marah. Lepas jadi suri rumah, terus jadi baran.
"Baru je berlaku sejak September. Tapi dah nampak permulaan speech delay dengan otak tak jalan sangat. Anak pun tegur saya cakap tergagap-gagap," tulis beberapa wanita.
Cara perbaiki diri
Pelayar Thread turut memberi cadangan kepada golongan suri rumah yang tertekan agar tidak terus terperuk dalam dunia sendiri.
"Tak sihat jadi suri rumah tanpa aktiviti luar. Saya harap suami izinkan suri rumah ada masa sendiri untuk bersosial.
"Jom cari aktiviti luar. Saya rancang nak masuk kelas menjahit, zumba dan kenal kawan-kawan baru. Sekurang-kurangnya minda kita tak terperuk sangat.


