suria

Sejam layan K-drama atas kerusi urut, wanita menderita 5 hari tanggung kesakitan - “Sakit kepala macam diketuk”

Ramai yang membeli kerusi urut untuk ditempatkan di rumah masing-masing. -Gambar hiasan AI

SEORANG pelayar Thread mendakwa kesihatannya terganggu gara-gara menggunakan kerusi urut dalam tempoh yang lama.

Menurut wanita itu, dia menyifatkan kesakitan yang dialaminya seperti mild concussion atau gegaran otak ringan.

"Saya tengok drama Korea, duduk di kerusi urut. Kitaran urutan hanya 15 minit (satu sesi). Saya sambung-sambung sampai sejam, habis satu episod.

"Lepas tu saya bangun masih okey. Siap-siap pergi tidur. Pukul 3 pagi terjaga, kepala sakit sangat macam kena ketuk. Saya ambil pain killer dua biji dan sambung tidur.

"Lepas tu rasa nak muntah. Tak sempat pergi tandas, muntah selambak atas karpet. Lepas tu muntah sekali lagi dalam tandas," imbas wanita itu.

Menurutnya, kesakitan yang dialami turut berlarutan sehingga dia terpaksa mendapatkan rawatan di dua klinik berbeza.

"Petang esoknya pergi klinik. Tekanan darah okey. Doktor pun tak tahu sebab apa. Saya panggil tukang urut datang rumah. Masa urut tu, saya rasa macam hilang ingatan sekejap.

"Lepas tu pergi klinik lain pula. Buat pemeriksaan, semua okey. Lima hari juga saya terbaring. Sudahnya, saya buat kesimpulan sendiri sakit sebab massage chair.

"Sekarang dah jadi takut nak berurut guna kerusi tu," tulis wanita itu lagi.

Kesan sampingan

Menurut Real Relax, penggunaan kerusi urut berlebihan boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan.

1. Sakit otot dan keletihan

Sama seperti urutan biasa, menggunakan kerusi urut untuk tempoh yang lama atau dengan tekanan berlebihan boleh membuatkan anda berasa sengal. 

Sesi yang kerap dan berpanjangan boleh menyebabkan keletihan otot kerana ia sentiasa dirangsang tanpa rehat yang mencukupi.

Banyak pusat beli belah menempatkan kerusi urut untuk kemudahan pengunjung. -Gambar hiasan AI

2. Lebam dan kecederaan otot

Tekanan berlebihan dan gerakan berulang boleh mengakibatkan ketidakselesaan serta potensi kerosakan tisu.

Jika intensiti atau tekanan kerusi urut terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan lebam atau kecederaan otot. 

3. Iritasi saraf

Penggunaan kerusi urut secara berpanjangan, terutamanya jika intensiti terlalu tinggi, boleh menyebabkan saraf tidak selesa.

Ini boleh menyebabkan rasa kebas atau kesakitan pada kawasan terlibat.

3. Sakit kepala dan pening

Sesetengah pengguna mengalami sakit kepala dan pening selepas menggunakan kerusi urut untuk tempoh lama. 

Ini mungkin disebabkan oleh pergerakan dan tekanan kerusi yang mengubah aliran darah dan ketegangan otot.

Untuk mengelakkan masalah ini, disarankan menghadkan tempoh setiap sesi dan berehat jika rasa pening.

4. Masalah Peredaran Darah

Walaupun kerusi urut direka untuk meningkatkan peredaran darah, penggunaan berlebihan kadang-kadang boleh memberi kesan sebaliknya. 

Pendedahan lama kepada haba atau getaran boleh menyebabkan masalah peredaran, terutamanya jika anda mempunyai masalah sedia ada seperti tekanan darah rendah.

Artikel Lain