suria

Tekan-tekan, duit tak keluar dari mesin ATM! Jangan panik, buat saja 6 langkah ini

Nombor ID ATM terletak di sudut kanan mesin.

MESKIPUN terdapat kaedah pembayaran mudah iaitu secara dalam talian menerusi transaksi perbankan atau imbas kod QR, masih ramai yang gemar menggunakan tunai apabila membeli.

Bagi yang memilih kaedah 'konvensional' ini, mereka akan mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik (ATM).

Namun kadang kala berlaku insiden yang tidak diingini seperti duit tidak keluar dari mesin.

Anda yang berdepan situasi ini dinasihatkan supaya tidak panik dan mengikut langkah seperti mana yang dikongsikan Mohd Azzmie di laman Facebook.

1. Ambil gambar skrin ATM jika tertulis 'error' atau 'cash jammed'.

2. Ambil gambar nombor ID ATM yang selalu terdapat di sudut kanan mesin.

3. Simpan resit yang keluar dan jika tiada resit, rekodkan waktu pengeluaran atau pendepositan serta cawangan dan lokasi kejadian di telefon bimbit.

4. Hubungi pegawai khidmat pelanggan perbankan dan buat aduan dalam tempoh 24 jam.

5. Jangan lupa untuk ambil nama pegawai yang membantu anda di talian dan nombor aduan.

6. Jika berlaku pada hujung minggu, pergi bank pada hari bekerja dan isi borang 'cash jammed'. Simpan salinan untuk rujukan semula.

Artikel Lain