suria

Tak perlu tunggu sejuk, tak payah teruk sental! Ini cara cuci kotoran degil pada pemanggang

Wap daripada ais yang cair memudahkan kotoran degil pada pemanggang ditanggalkan.

MAKANAN yang dipanggang sememangnya lebih sedap dan baik untuk kesihatan.

Namun, ia bukanlah kaedah memasak yang menjadi pilihan ramai kerana proses penyediaannya sedikit renyah dan merumitkan.

Tambahan pula, kesan minyak dan kotoran pada pemanggang sukar untuk dibersihkan.

Bagi anda yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat dengan menyediakan makanan yang dipanggang, apa kata ikut cara mudah dari Sistytwoinfo ini semasa membersihkan alatan yang digunakan.

Mereka yang berniaga burger pun boleh cuba kaedah ini ya.

Bahan-bahan: 

Ketulan ais (kiub atau bongkah besar)

Cara membersihkan:

1. Biarkan pemanggang kekal panas kerana ia membantu mempercepatkan sisa-sisa kotoran yang melekat tertanggal.

2. Kemudian gosok ketulan ais pada seluruh kawasan pemanggang.

3. Kikis sedikit demi sedikit kotoran yang degil dan ulang gosokan ais supaya ia tertanggal dengan sendiri.

4. Ulang proses 2 hingga 3 sehingga pemanggang kembali bersih. Panas dari pemanggang akan menyebabkan ais mencair dan berwap seterusnya membantu menanggalkan sisa kotoran.

5. Apabila semua kotoran hilang, matikan pemanas dan cuci dengan air bersih.

Artikel Lain