suria

Ramai guna lampu putih sebab nampak canggih, mewah... Rupanya boleh jadi punca mata alami kerosakan kekal

Penggunaan lampu LED putih mengganggu pengguna jalan raya yang lain. -Gambar hiasan

KEBANYAKAN pemandu pasti bersetuju jika penggunaan 'lampu putih' atau LED (diod pemancar cahaya) diharamkan di atas jalan raya.

Meskipun membantu pencahayaan pada waktu malam, namun ia membuatkan pengguna jalan raya yang lain mengalami sakit mata dan silau terutama jika situasi berlaku secara berhadapan.

Menerusi hantaran di Facebook, ZAM Auto Accessories berkongsi punca yang menyebabkan lampu putih memberi kesan silau.

"Ramai kata kalau kereta pakai lampu LED, mata jadi silau. Tapi sebenarnya bukan salah LED tu kerana warna putih padanya yang membuat mata pedih.

Lampu LED putih membuatkan pemanduan pada waktu malam lebih lancar. -Gambar hiasan

Lampu LED putih membuatkan pemanduan pada waktu malam lebih lancar. -Gambar hiasan

"Apabila warnanya semakin putih, seperti 6000 kelvin (K) ke atas, cahaya menjadi terang disebabkan pancaran yang kuat.

"Ditambah pula kalau pasang pada soket memantul dan bukan projector... kalau jenis projector, dia akan fokuskan cahaya tu ke jalan, tak menyuluh muka orang dari arah bertentangan," jelasnya.

Malah katanya, kebanyakan pemasangan LED tidak menepati aspek yang ditetapkan termasuk cara melaraskan pada soket.

Susulan itu, dia menyarankan supaya lampu LED putih dipasang pada skala 4300K ke bawah.

"Kalau 4300k ke bawah, biasanya warna dia suam-suam kuning dan lebih selesa pada mata kerana tidak menyilaukan sangat. 

"Sebab itu lampu halogen memang sifat dia kuning dan tidak menyilaukan mata.

"Nak pasang lampu LED, kena pastikan juga soket yang digunakan adalah jenis projektor dan dilaraskan pada sudut yang sesuai," katanya lagi.

Menurutnya, warna lampu mempunyai perbezaan tersendiri yang mana, semakin tinggi suhu warna, semakin putih kebiruan cahaya dikeluarkan.

Artikel Lain