suria

Geram tikus asyik masuk kompresor aircond gigit wayar? Cuba letak berus sabut, selesai masalah

Berus sabut diletakkan di bahagian perpaipan bagi menghalang kemasukan tikus.

KOMPRESOR memainkan peranan penting dalam proses aliran udara pendingin hawa.

Susulan itu, pengguna sering dinasihatkan supaya memasang kompresor di bahagian luar rumah supaya udara panas dapat dialirkan keluar seterusnya membawa masuk udara sejuk.

Bagaimanapun, terdapat pelbagai risiko yang mungkin berlaku termasuk komponen menjadi sarang haiwan seperti tikus dan ular.

Pernah beberapa kali mengalami kesulitan akibat serangan tikus, pelayar Facebook Abdul Hadi berkongsi cara untuk mengelakkan haiwan kecil itu membuat kerosakan pada kompresor.

Menurutnya, masalah dikesan selepas dia mendapatkan khidmat daripada juruteknik pendingin hawa.

"Apabila hidupkan aircond, indoor unit hidup tapi kompresor senyap... rupa-rupanya tikus dah masuk ke dalamnya dan gigit wayar.

"Apabila panggil tukang, mudah je dia panjat, buka dan sambung semula wayar.

"Tapi kalau sebulan sampai dua kali kena, duit kita yang selesai jika tidak diatasi dengan baik. Oleh itu, letak berus sabut pada lokasi perpaipan masuk," katanya.

Katanya, kaedah itu dapat membantu mengatasi gangguan tikus kerana kesan tajam pada berus menyukarkan haiwan itu melalui paip.

Malah ujarnya, sudah hampir setahun masalah yang dialami selesai dan tidak berulang.

Artikel Lain