PERANG ekonomi dua kuasa dunia di samping kos sara hidup yang kian meningkat pasti meresahkan rakyat,
Susulan itu, ramai yang memilih melakukan dua pekerjaan dalam satu masa.
Bagi anda yang masih mencari-cari pekerjaan sesuai untuk dijadikan kerja sambilan, bolehlah meneliti pandangan pelayar Facebook yang dikenali sebagai Wan Muhd Ali.
Dia yang juga usahawan berkata, anak sulungnya yang sedang belajar di peringkat ijazah sarjana secara pengajian jarak jauh turut melakukan kerja sambilan.
"Anak sulung yang sudah mempunyai seorang cahaya mata, sambil jaga anak dan belajar... dia buat kerja atas talian," kongsinya.
Menurutnya, terdapat tiga kategori kerja yang boleh diceburi dan dilakukan secara atas talian.
1. Kerja guna kemahiran sedia ada
Kalau anda sudah ada pengalaman atau minat dalam bidang tertentu, ini peluang untuk memulakan perkhidmatan freelance atau kerja secara remote.
Contoh pekerjaan yang boleh dilakukan adalah penulis artikel atau copywriter, pereka grafik, web developer, pengurus media sosial, online tutor atau jurulatih.
Kerja seperti ini cepat dapat pelanggan kerana anda sudah mempunyai asas.
Walau bagaimanapun, anda perlu tahu cara untuk 'menjual' kemahiran di platform seperti Upwork, Fiverr, LinkedIn atau grup Facebook.
Pelbagai cara boleh dilakukan bagi menjana pendapatan sampingan. -Gambar hiasan
2. Kerja yang boleh dipelajari dalam tiga bulan
Masalah kewangan membuatkan ramai yang tercari-cari kerja tambahan dan ingin mencuba sesuatu yang baru bagi menjana pendapatan.
Jika anda baru sahaja nak mula, cubalah belajar kemahiran digital yang boleh dilakukan sendiri di rumah.
Tutorial pun diberikan secara percuma di beberapa platform video seperti YouTube.
Antaranya adalah pereka canva, pembantu virtual, transcriber, menjual produk print-on-demand dan Facebook Ads simple
Sekiranya anda komited belajar setiap hari walaupun selama satu jam, pasti dalam tempoh dua hingga tiga bulan anda sudah boleh menjana pendapatan.
3. Kerja yang boleh jadi bisnes sendiri
Selepas mempunyai pengalaman, anda boleh jadikan kemahiran tersebut sebagai bisnes digital yang scalable dan pasif.
Kebanyakannya berjaya membina jenama sendiri seterusnya menjual produk.
Kategori ini paling menarik kerana anda boleh bina aset digital yang boleh menjana pendapatan berulang kali.
Bagaimanapun, anda perlu mempunyai strategi dan kesabaran.