suria

Pertama kali kena naik mahkamah sebab saman JPJ… Ini 6 tip berguna supaya urusan berjalan lancar

Urusan di mahkamah lebih mudah jika semua orang tahu prosedur. -Gambar hiasan AI

BIASANYA jika seseorang itu dikenakan saman trafik, ramai menganggap kompaun boleh terus dibayar.

Tetapi harus diingat bukan semua kesalahan ada pilihan sedemikian kerana sesetengah kes memerlukan pesalah atau wakil hadir ke mahkamah.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang individu menceritakan pengalamannya berdepan dengan kesalahan  berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tidak boleh dikompaun sebalknya perlu diselesaikan di mahkamah.

Berikut adalah enam tip penting yang boleh dijadikan panduan berdasarkan pengalaman dikongsikan lelaki ini selepas hadir ke mahkamah.

1. Datang lebih awal

Pastikan anda tiba sekurang-kurangnya satu jam awal dari masa yang ditetapkan dalam surat saman.

Anda bukan satu-satunya individu yang perlu hadir – jumlahnya mungkin ramai.

Setibanya di sana, anda perlu tunggu di luar dewan mahkamah sehingga nama dipanggil untuk masuk.

2. Jumpa pegawai atau peguam

Selepas nama dipanggil dan dibenarkan masuk, anda akan diminta serahkan kad pengenalan kepada pegawai bertugas atau peguam yang ditugaskan menguruskan kes.

Timbul rasa gemuruh pertama kali jejak mahkamah. -Gambar hiasan AI

3. Dokumen penting

Jangan lupa bawa kad pengenalan dan surat saman JPJ.

Jika anda hadir sebagai wakil kepada pesalah, pastikan bawa salinan kad pengenalan pesalah, surat wakil rasmi dan nyatakan hubungan (contoh: abang, kakak atau sepupu)

4. Nama dipanggil sekali lagi dalam dewan mahkamah

Apabila tiba giliran, kesalahan akan dibacakan oleh pihak mahkamah.

Antara tip yang ditekankan adalah anda terus mengaku bersalah, jangan berdolak-dalik. 

Ini akan memudahkan urusan seterusnya.

5. Peluang merayu dengan ayat ringkas, jujur

Hakim atau majistret biasanya akan tanya alasan atau rayuan. 

Gunakan peluang ini untuk nyatakan dengan jelas mengenai:

a. Ini adalah kesalahan pertama

b. Beritahu jenis pekerjaan, jumlah tanggungan dan mohon kurangkan denda

Biasanya dari penjelasan anda, hakim boleh agak kemampuan kewangan dan pertimbangkan pengurangan jumlah saman.

6. Terus bayar saman

Selepas jumlah denda ditetapkan, anda akan diminta ke kaunter bayaran. 

Sediakan kad debit atau kredit kerana pembayaran biasanya dibuat secara elektronik (cashless).

Selepas selesai bayar, anda boleh ambil semula kad pengenalan dan urusan pun selesai.

Artikel Lain