suria

Letih asyik kena ‘berperang’ setiap kali masuk lif? Ini 5 tip buat ibu bapa bawa ‘stroller’ bayi di pusat beli-belah

Isu keutamaan penggunaan lif di pusat membeli-belah sering kali dibahaskan di media sosial. -Gambar hiasan AI

KECOH di laman Threads mengenai isu keutamaan penggunaan lif di pusat beli-belah.

Perbincangan tercetus selepas beberapa ibu bapa berkongsi pengalaman mereka yang terpaksa 'berperang' untuk masuk ke lif bersama stroller bayi kerana dipotong oleh individu yang didakwa sihat dan tidak berkeperluan khas.

ARTIKEL BERKAITAN: Usah utamakan selera estetik... Ibu ini kongsi tip pilih ‘stroller’ ikut pengalaman, elak tersalah beli

Situasi ini sememangnya mencabar. Justeru, selain mengharap perubahan sikap masyarakat, ibu bapa juga boleh mengambil beberapa langkah proaktif untuk menguruskan situasi ini dengan lebih tenang dan selamat seperti berikut:

1. Pilih lif dengan keutamaan atau prioriti

Apabila sampai di kawasan lif, cari lif yang mempunyai papan tanda menyatakan prioriti untuk stroller, kerusi roda, ibu mengandung dan warga emas.

Dengan memilih lif yang prioriti, anda mengurangkan risiko terpaksa tunggu lama.

2. Bijak memilih waktu

Jika anda mahu ke mall dengan anak dan stroller, datang awal atau pilih waktu yang kurang sesak contohnya bukan waktu puncak hujung minggu, atau waktu pagi.

3. Tunjukkan isyarat keperluan

Jika anda menunggu lif dan melihat orang lain mahu masuk walaupun tiada keperluan khas, anda boleh dengan sopan berkata "saya ada stroller dan anak kecil, boleh kami naik dulu?".

Ini membantu orang lain sedar keperluan anda. 

4. Pasang baby carrier bila perlu

Jika hanya keluar sekejap atau tak bawa banyak barang, pertimbangkan untuk guna baby carrier. Ini membolehkan anda lebih fleksibel untuk menggunakan guna eskalator dan mengelak situasi berebut lif.

5. Guna lif servis

Sebagai plan B, cari lif servis (warehouse) di hujung mall atau lif yang tidak sesak, walaupun jaraknya sedikit jauh.

Artikel Lain