SUKAN pickleball kini semakin popular di seluruh dunia, termasuklah Malaysia.
Jika dilihat di media sosial, sana sini ramai yang memuat naik gambar dan video di gelanggang pickleball.
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan buat silap, ini 8 pantang larang jika anda upah ‘cleaner’... Rumah bersih, ‘owner’ puas hati
Daripada selebriti hingga golongan veteran, semuanya teruja untuk turut serta dalam hype sukan ini.
Satu persoalan yang timbul, mengapa sukan ini begitu popular hingga menjadi kegilaan ramai?
Menerusi laman Playpickleball.com, rupanya ini enam sebab utama kenapa pickleball menjadi ketagihan yang sihat pada masa kini:
1. Sesuai untuk semua peringkat usia dan keupayaan
Salah satu sebab utama pickleball makin diminati ialah kerana semua orang boleh main, dari usia lima tahun hinggalah warga emas.
Ia kurang berisiko untuk cedera, tidak terlalu berat, dan kos permulaan juga rendah.
Sukan ini juga tidak terlalu membebankan secara fizikal dan tidak memberi tekanan berlebihan kepada badan.
2. Sukan yang mudah
Pickleball memang mudah dipelajari dan disebabkan itulah ramai orang cepat jatuh cinta.
Tapi dalam masa yang sama, untuk jadi pemain yang betul-betul hebat, ia perlukan masa dan usaha.
Ini yang buat ramai ‘terjebak’ dan apabila dah rasa seronok serta mula nampak peningkatan, kita jadi lebih bersemangat untuk terus bermain untuk menjadi lebih baik.
Sukan ini sesuai untuk semua peringkat umur. -Gambar hiasan
3. Gelanggang semakin banyak
Disebabkan permintaan tinggi, sekarang banyak gelanggang pickleball dibuka sama ada di taman, dewan komuniti atau kompleks sukan.
Kalau tiada gelanggang khas, anda masih boleh main di tempat seperti gelanggang tenis dan sebagainya.
Cuma perlukan jaring mudah alih dan semangat untuk bermain.
4. Peralatan ringkas
Untuk mula bermain, anda hanya perlukan paddle dan bola khas pickleball.
Harganya boleh dikategorikan mampu milik jika anda ingin membeli peralatan sendiri.
5. Bagus untuk stamina
Walaupun sukan yang tidak terlalu 'berat', pickleball sebenarnya senaman yang sangat bagus kerana membantu meningkatkan stamina, membaiki keseimbangan badan, membakar kalori dan mengurangkan stress!
6. Aktiviti sosial
Pickleball bukan sekadar sukan, sebaliknya ia juga satu aktiviti sosial.
Anda akan jumpa pelbagai jenis orang atas gelanggang, daripada beginner hinggalah yang sudah berpengalaman.
Sambil bermain, anda dapat berkenalan dengan orang baru… silap-silap boleh jadi jodoh.


