suria

Rupanya kena campur siput sedut dengan hampas kelapa, biarkan semalaman sebelum cuci... Isi jadi lebih manis dan tak berlendir

Siput sedut masak lemak merupakan antara menu kampung kegemaran ramai. -Gambar hiasan

SIPUT sedut sememangnya antara hidangan masakan Melayu yang digemari ramai, khususnya apabila dimasak lemak cili api.

Isinya yang kenyal dan rasa lemak kuahnya sering menjadi kegemaran ramai tak kira tua atau muda.

Hidangan ini bukan sahaja popular di rumah, malah sering menjadi menu utama kenduri, bazar Ramadan dan restoran makanan kampung.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapur kaca boleh pecah, meletup jika silap langkah! Ambil tahu jenisnya sebelum beli, cara guna dan tip mencuci

Namun begitu, tidak semua tahu cara yang betul untuk membersihkan siput sedut. 

Ramai hanya tahu memotong hujung ekor dan terus rendam, namun sebenarnya ada beberapa langkah penting yang perlu dibuat terlebih dahulu bagi memastikan siput benar-benar bersih dan tidak berlendir.

Seorang pengguna Threads berkongsi petua yang dipelajari daripada orang-orang lama.

Sidut sedut masak lemak menjadi antara menu wajib di restoran yang menyediakan masakan kampung. -Gambar hiasan

Petua ini bukan sahaja membersihkan siput, malah menjadikan isinya lebih enak, tidak hanyir dan langsung tak berlendir apabila dimasak.

"Letakkan hampas kelapa bersama siput sedut dan biarkan semalaman. Jangan tambah air paip, dan jangan potong bontot siput dulu. Esoknya baru bersihkan seperti biasa dan potong bontotnya," kongsinya.

Menurut wanita itu, fungsi hampas kelapa ialah untuk 'memberi makan' kepada siput, supaya ia mengeluarkan segala sisa najis dari dalam badannya. 

Ujarnya, siput sedut tidak perlu direndam bersama air paip untuk mengelakkannya mati disebabkan perubahan saliniti. 

Tambahnya lagi, hampas kelapa bukan saja membantu membersihkan sistem dalaman, malah membuatkan isi siput sedut lebih manis dan lemak. 

Selamat mencuba!

Artikel Lain