suria

Asap berkepul, kereta hancur! Wanita menggigil saksi kemalangan dahsyat... Ngeri dapat tahu 'accident' tak wujud

Menyaksikan kemalangan ngeri di depan mata boleh mengundang trauma kepada seseorang. -Gambar hiasan

LAPAN tahun bergelar pelukis inai, Ziera sudah banyak ceruk dan pelosok terutamanya di Perak yang sudah dijelajahinya.

Dalam tempoh tersebut, selain berdepan pelbagai kerenah pelanggan, Ziera juga diuji dengan pengalaman mistik lebih-lebih lagi apabila menerima tempahan pelanggan yang menetap di pedalaman yang lazimnya berakhir lewat malam. 

Salah satu insiden paling diingati dan masih menghantui dirinya adalah menyaksikan kemalangan dahsyat ketika dalam perjalanan pulang selepas menyiapkan inai pengantin perempuan di sebuah perkampungan di Gopeng.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Guru tular ‘serumah’ dengan pocong dikhabarkan meninggal dunia - “Dia sakit awak… tak tidur, tak makan berhari-hari”

"Lebih kurang pukul 11 lebih malam, selesailah tugasan aku. Rumah-rumah dekat Perak ni biasalah, banyak kampung pedalaman termasuk rumah pengantin. 

"Family pengantin offer nak temankan sampai simpang hujung kampung, aku tolak sebab tak nak susahkan.

"Tiba-tiba jalan yang tadi sunyi, kedengaran ada enjin yang kuat di belakang. Macam ada kereta tengah tengah race," tulisnya dalam satu perkongsian di TikTok. 

Dalam keadaan sedikit kelam kabut, Ziera memperlahankan keretanya dan mahu ke tepi bagi memberi laluan kepada kenderaan yang dianggap sedang memandu laju di belakang.

Lekas highway during the night. Only the car headlights is a guiding source.Memandu di jalan sunyi pada waktu malam berdepan risiko terkena 'gangguan'. -Gambar hiasan

"Tengok cermin sisi, nampak lampu-lampu kereta makin dekat. Sah diaorang berlumba. Kelihatan macam dua, tiga biji kereta. 

"Dalam mata aku melilau tengok cermin, zupppp kereta tu berlanggar sesama sendiri. Aku nampak sendiri kereta tu terbalik. 

"Bunyi berlanggar memang kuat. Bergema dekat jalan kosong dan hutan kelapa sawit kiri dan kanan aku. 'Allahuakbar, allahuakbar' jerit aku," tulisnya.

Ziera sudah mula menggigil dan menangis kerana panik menyaksikan kemalangan dahsyat berlaku di depan mata.

Ketika itu tiada kenderaan lain yang lalu di situ melainkan keretanya dan kenderaan yang terbabit kemalangan sebentar tadi.

"Asap penuh, kereta diaorang hancur, serpihan kereta merata-rata. Memang fatal!

"Tangan capai phone tapi tak tahu nak dail apa. Menggigil teruk. Aku lemah semangat, aku batalkan niat nak keluar. Aku call suami… ayat berterabur, air mata penuh.  

"Tiba-tiba ada orang ketuk cermin. Rupanya pakcik yang naik motor ketuk. Aku yang dalam ketakutan terus tanya pakcik tu 'dah call ambulance dan polis ke belum?'.

"Dia jawab 'adik sakit ke? Kenapa parking tepi jalan gelap-gelap ni?'. Allah.... perlahan-lahan aku pandang belakang, kosong! Tiada kemalangan, tiada serpihan kereta, tiada asap," ceritanya.

Seseorang yang lemah semangat lazimnya mudah terkena gangguan. -Gambar hiasan

Menurut Ziera, pakcik berkenaan hanya mampu mengucap ketika mendengar dia bercerita mengenai 'kemalangan' yang disaksikannya sebentar tadi sambil menangis. 

Selepas dirinya sedikit tenang, Ziera memandu perlahan-lahan sambil diiringi pakcik tersebut sehingga memasuki lebuh raya. 

"Alhamdulillah, dekat pukul 1 pagi sampai rumah. Suami dah menunggu depan pintu. Terus aku rebah di tangannya. Dia tanya 'kenapa tak angkat call? Saya hampir nak ke balai dah tadi'.

"Aku cakap tak sempat call semula lepas kemalangan tadi. Dia terkejut 'Hah accident?'. Aku pandang matanya… terus check phone log aku. Last aku call dia pukul 7.45 malam.

"Dengan siapa aku bercakap tadi pun tak tahu. Tiada record log phone dalam pukul 11 lebih tu. Sekali lagi aku rasa nak pengsan.

"Sejak kejadian tu, aku dah tak berani drive malam-malam. Trauma teruk! Aku stop ambil job inai jauh-jauh atau pedalaman kampung," ceritanya. 

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia