SEORANG wanita berdepan gangguan mistik dan kejadian itu rupanya ada kaitan dengan sihir yang didakwa dihantar oleh bekas suami.
Menerusi satu perkongsian oleh perawat dikenali sebagai Tok Qiqi, lelaki itu didakwa menghantar sihir melalui patung beruang yang dihadiahkan kepada anaknya.
"Siapa sangka sihir yang sudah lama dihantui oleh mangsa rupanya bahan sihir diletakan dalam patung 'bear' ini.
"Bekas suami memberi hadiah di hari jadi anak tunggalnya, di dalam patung ini diletakan bahan sihir.
"Patutlah mangsa kerap diganggu dengan makhluk menakutkan yang sering muncul di bilik anaknya," tulis perawat itu.
Kisah ini tular selepas ia dikongsi oleh seorang perawat di Facebook.
Tambah Tok Qiqi, mangsa juga menderita sakit bertahun-tahun lama, dipercayai disihir oleh bekas suaminya.
Bercerita lanjut, dia berkata lelaki itu bertindak kejam kerana tidak berpuas hati dengan penceraian yang berlaku.
"Bekas suami kaki pukul, kaki perempuan. Mangsa nak berpisah, suami berkeras tak mahu lepaskan. Akhirnya jadi kes polis, suami akur.
"Rupanya bekas suami simpan dendam kesumat, ingin buat bekas isterinya merana, sakit, disisih hidup sendirian," ceritanya lagi.
Menerusi hantaran di Facebook, Tok Qiqi berkata kehidupan mangsa kini semakin baik selepas dia mendapatkan rawatan.
Dia turut berkongsi video patung beruang itu yang dibakar bagi menghapuskan sihir berkenaan.