suria

Beg tangan bundle RM20 bawa musibah, hidup wanita kucar-kacir diganggu penunggu! Paling kemuncak dengar tangisan dalam almari

Ramai individu membeli pakaian bundle kerana harganya yang murah. -Gambar hiasan AI

PAKAIAN terpakai atau bundle mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri.

Bagi Wani (bukan nama sebenar), dia juga gemar 'menyelam' bundle kerana harganya yang murah.

Suatu petang, Wani singgah ke sebuah kedai bundle dan matanya tertumpu pada sebuah beg tangan kulit berwarna hitam.

Tanpa berfikir panjang, Wani membeli beg itu kerana ia dijual pada harga RM20 sahaja.

Malam pertama selepas membawa beg itu pulang, Wani bermimpi didatangi seorang wanita tua.

Wani terjaga dalam keadaan berpeluh dan dada terasa sempit, seolah-olah ada yang sedang menindihnya.

Hari demi hari, gangguan makin menjadi-jadi termasuklah bau busuk seperti bangkai menyelubungi bilik tidur Wani, terutamanya waktu malam.

Kadangkala, terdengar bunyi sesuatu sedang mencakar dinding bilik, walaupun tiada tanda-tanda serangga atau haiwan.

Barangan bundle perlu dibersihkan sebelum diguna oleh pemilik baharu. -Gambar hiasan AI

Farah, rakan serumahnya turut diganggu kelibat hitam dengan mata yang merah menyala pada waktu malam.

Kemuncak gangguan berlaku apabila satu malam mereka terdengar bunyi orang menangis di dalam almari pakaian.

Wani terpaksa memberanikan diri untuk membuka pintu almari, namun tiada apa yang kelihatan kecuali beg bundle itu yang terbuka luas dan di dalamnya penuh dengan rambut panjang yang basah.

Kedua-dua mereka menjerit sekuat hati dan terus keluar dari rumah.

Malam itu mereka tidur di dalam kereta kerana terlalu takut untuk masuk semula. 

Keesokan paginya, mereka nekad memanggil seorang ustaz yang dikenali melalui kenalan pejabat Farah.

Semasa ustaz membaca ayat-ayat ruqyah, seluruh rumah tiba-tiba menjadi panas dan langsir bergoyang kuat walaupun tiada angin.

Beg hitam itu pula mula bergetar sendiri dan terjatuh dari meja. 

Ustaz segera menyuruh mereka keluar dari rumah sebentar. 

Selepas hampir 20 minit, ustaz tersebut keluar dan meminta Wani mencari mancis untuk membakar beg itu.

Selepas beg bundle itu hancur dibakar, rumah mereka kembali tenang.

Sejak kejadian itu, Wani berikrar untuk tidak sewenang-wenangnya membeli barang terpakai, terutama dari sumber yang tidak jelas.

Artikel Lain