suria

Malam akhir sebelum nenek temui ajal dipenuhi misteri, pesakit katil depan meraung tunjuk arah pintu wad hospital

Tugas menjaga pesakit di hospital bukan sesuatu yang mudah. -Gambar hiasan

MENJAGA dan menguruskan nenek yang terlantar merupakan rutin harian bagi Sofea Adiela sejak dia menamatkan pengajian dalam jurusan perbankan di sebuah universiti awam.

Bagi anak gadis berusia 24 tahun ini, selagi belum menerima tawaran pekerjaan, dia ingin menabur bakti kepada nenek Salmah yang sudah tinggal bersama keluarganya sejak dia di sekolah menengah. 

Tambahan pula nenek di sebelah ibunya itu sudah menjangkau usia 82 tahun dan sudah tidak dapat bergerak sendiri.

Sebagai kakak kepada tiga orang adik, Sofea Adiela tidak merasa kekok untuk menguruskan neneknya termasuk memandikan dan mencuci lampin meskipun tubuhnya jauh lebih kecil.

Pemakanan dan ubat-ubatan nenek Salmah juga dijaga dengan rapi tanpa mengira waktu sehinggalah tubuh warga emas itu tiba-tiba tidak dapat menerima sajian kebiasaannya mahupun susu.

Menurut Sofea Adiela, neneknya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana tidak dapat menerima makanan dengan baik meskipun disuap menggunakan tiub khas. 

“Nenek tiba-tiba muntahkan segala susu dan bubur yang disuap, keadaan berterusan selama dua hari sehingga nenek nampak semakin lemah. 

Warga emas yang uzur memerlukan penjagaan dan pemantauan rapi. -Gambar hiasan

Warga emas yang uzur memerlukan penjagaan dan pemantauan rapi. -Gambar hiasan

“Ayah terus hubungi ambulans untuk bawa nenek ke hospital, selepas lebih lima jam dapatkan rawatan di unit kecemasan, nenek dimasukkan ke wad. 

“Doktor cakap yang semua organ nenek dah tak berfungsi melainkan jantungnya sahaja dan kami sekeluarga diminta untuk sentiasa berjaga-jaga jika berlaku sebarang kemungkinan,” luahnya mengimbau kenangan menjaga nenek Salmah di hospital.

Meskipun sayu, namun Sofea Adiela berharap agar ‘urusan’ nenek Salmah dipermudahkan kerana tidak sanggup melihat situasinya yang terlantar sakit.

Lebih menyedihkan apabila pelbagai insiden misteri sering berlaku sepanjang tempoh dia menjaga neneknya itu termasuklah kehadiran binatang berbisa berwarna hitam beberapa kali di hadapan rumahnya.

Malah ujar anak gadis ini, dia juga sering mengalami mimpi seram dan menakutkan seperti ditinggalkan di dalam kawasan hutan dan rumah usang selain dikejar harimau.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh kena tempias, rupanya ada orang tuju sihir kepada famili anak asuhan! Rumah jadi seram, tiba-tiba jatuh sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit tua datang hospital berteman, rupanya makhluk hodoh! 'Elok' bertenggek masa ambil darah

“Nenek masuk sebab doktor nak pantau jenis susu yang sesuai dengan tubuh dia, kira-kira tiga hari berada di hospital dan jenis susu dapat dikenal pasti, nenek discaj dari hospital.

“Saya sambung menjaganya di rumah seperti biasa, masa ni, rumah sentiasa dikunjungi sanak saudara yang ingin menziarahi nenek,” tambahnya lagi. 

Bagaimanapun, selepas hampir seminggu berada di rumah, keadaan nenek semakin merosot dan terpaksa dimasukkan ke hospital sekali lagi.

Ujar Sofea Adiela, doktor sekali lagi menasihati keluarganya untuk berjaga-jaga jika terdapat sebarang kemungkinan berlaku.

Malah katanya, sepanjang tiga hari berada di hospital, jantung dan pernafasan nenek Salmah telah terhenti sebanyak dua kali sehingga mencemaskan semua pihak.

  • Sofea Adiela sanggup berhenti seketika daripada kerjaya demi menjaga neneknya yang terlantar.
  • Nenek Salmah, 82, beberapa kali keluar masuk hospital akibat masalah tidak boleh menerima makanan.
  • Jantung dan pernafasan nenek pernah terhenti sebelum kembali berfungsi, mencemaskan keluarga.
  • Pelbagai insiden misteri berlaku antaranya bayangan lelaki menangis, binatang berbisa, mimpi seram dan jeritan pesakit wad.
  • Akhirnya nenek Salmah menghembuskan nafas terakhir di hospital sebelum dikebumikan.

Namun yang menghairankan, selepas beberapa minit, keadaan jantungnya kembali pulih dan mencapai kadar 100 peratus.

Pada hari keempat menjaga nenek di hospital, Sofea Adiela dikejutkan dengan beberapa insiden misteri.

Menurutnya, salah seorang anak nenek Salmah enggan hadir menziarahi sosok warga emas itu meskipun sentiasa dimaklumkan tentang keadaan semasanya yang semakin lemah.

Situasi lebih tegang apabila dia dimarahi kerana cuba membawa bapa saudaranya itu ke hospital.

“Saya cuba nak bantu, mungkin pakcik ada masalah kewangan yang menghalangnya untuk datang ziarah nenek.

“Tapi saya dimarahi pula dengan ahli keluarga yang lain. Insiden yang paling tidak dapat dilupakan semasa pukul 12.30 tengah malam.

“Ada seorang anak saudara nenek datang ziarah, dia cakap ada nampak bayang seorang lelaki dewasa sedang menangis seolah-olah perlukan bantuan.

Gangguan misteri di hospital adalah perkara biasa terutama kepada mereka yang boleh mempunyai kelebihan sixsenth. -Gambar hiasan

Gangguan misteri di hospital adalah perkara biasa terutama kepada mereka yang boleh mempunyai kelebihan sixsenth. -Gambar hiasan

“Apabila ditunjukkan gambar, dia maklumkan bahawa bayangan tersebut adalah pakcik… tapi apabila pakcik dihubungi, dia masih dengan jawapan sama, enggan menziarahi nenek,” ujarnya sayu.

Malah katanya, wanita terbabit turut mendakwa bahawa pakciknya mengamalkan ilmu yang menghalangnya untuk datang menziarahi nenek Salmah.

Sejurus mematikan panggilan telefon dengan pakcik, pernafasan neneknya menjadi laju, kelihatan dada nenek Salmah berombak kencang.

Sofea Adiela mulai cemas dan takut dengan situasi yang berlaku.

Pada masa sama, pesakit di katil hadapan neneknya mula meraung dan menjerit-jerit seolah-olah melihat hantu.

“Memang panik, mujurlah ada makcik saudara temankan saya, dengan situasi nenek dan pesakit katil depan tu asyik menjerit-jerit. Nampak dia menggigil ketakutan semasa tarik selimut tutup muka tu. 

Mimpi rumah usang sering dikaitkan dengan gangguan mistik. -Gambar hiasan

Mimpi rumah usang sering dikaitkan dengan gangguan mistik. -Gambar hiasan

“Pesakit tu berbangsa India, sambil menjerit dia tunjuk ke arah pintu bilik wad dan sebut ‘pooda’ beberapa kali dengan kuat.

“Masa awal tu ingatkan dia mimpi sebab jam pun dah hampir pukul 1 pagi. Tapi lepas pengamatan, dia seperti nampak hantu sebab ketakutan sangat.

“Hampir 10 minit juga berlangsung sampailah jururawat datang tenangkan dia, pada masa sama nenek pun kembali stabil,” tambahnya sambil mengakui turut seram dengan situasi berlaku sehingga termimpi-mimpi beberapa kali.

Menurut gadis ini lagi, pada malam tersebut, dia ditemani makcik saudaranya sehingga subuh.

Namun sebelum wanita itu keluar, pernafasan neneknya kembali berombak kencang dan disahkan meninggal dunia kira-kira lima minit kemudian.

Meskipun sedih, namun Sofea Adiela menerimanya dengan tenang dan mula menghubungi seluruh ahli keluarganya.

Tambahnya, selepas segala urusan selesai, nenek Salmah dikebumikan pada pukul 6.15 petang di tanah perkuburan berhampiran rumahnya.

Artikel Lain