suria

Paha lebam, alat sulit sakit! Gadis dari Kuala Lumpur dirogol penunggu rumah sewa di Kedah... Bisikan suara garau masih segar dalam ingatan

Gangguan mistik boleh menyebabkan penghuni trauma untuk terus menyewa. -Gambar hiasan AI

PERPINDAHAN dari Kuala Lumpur ke lokasi terpencil di negeri Kedah bukanlah satu proses yang mudah.

Bagi Aimi (bukan nama sebenar), sungguhpun risau namun dia terpaksa memberanikan diri demi tuntutan kerjaya.

Atas arahan majikan, dia terpaksa berpindah ke utara tanah air bagi menguruskan cawangan baharu di sana.

Selain cabaran menyesuaikan diri di tempat baharu, dia juga bimbang untuk tinggal bersendirian di rumah sewa.

Sepanjang minggu pertama di rumah itu, segalanya masih tenang walaupun tidur malamnya tidak begitu nyenyak dek kerana perasaan takut.

Masuk sahaja minggu kedua, dia mula 'dihantui' bunyi-bunyi aneh yang datang dari sekeliling rumah.

Aimi juga ternampak bayang-bayang besar bergerak di sekeliling rumah pada waktu malam, membuatkan dia semakin takut.

Minggu berikutnya, dia mula menyedari lebam misteri muncul di beberapa bahagian tubuhnya seperti paha, perut, leher dan lengan.

The house / room for rent / let ads displayed at Ss15, Subang Jaya area.

Segelintir individu berdepan gangguan apabila menetap sendirian di rumah sewa. -Gambar hiasan

Pada suatu malam, dia tersedar dari tidur kerana lemas, seolah-olah ada 'sesuatu' yang besar menindih tubuhnya.

Dia juga terdengar bisikan di telinganya, seakan-akan suara garau seorang lelaki yang memanggil namanya.

Setelah bergelut dan membaca ayat suci al-Quran, Aimi akhirnya berjaya bangun dari katil dan terus menangis kesakitan.

Lebih mengejutkan, dia tidak melihat mana-mana individu di dalam bilik itu selain dirinya sahaja.

Dia kemudian menyedari bahagian sulitnya terasa sakit dan cadar di katilnya basah.

Esoknya, Aimi mengadu kepada ibunya mengenai apa yang berlaku, menangis ketakutan kerana tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan.

Ibunya menyarankan supaya dia mendapatkan pertolongan daripada perawat tradisional di kampung mereka, kerana kejadian itu dipercayai berpunca daripada gangguan makhluk halus.

Setelah berangkat balik ke kampung, perawat yang datang ke rumah ibunya mendakwa Aimi dirogol jin yang mendiami rumah sewa tersebut.

Selepas menerima rawatan dan berehat selama seminggu di kampung, Aimi mula mencari rumah sewa baharu.

Atas bantuan abang-abangnya, Aimi berjaya mencari rumah sewa baharu yang dikongsi bersama beberapa penghuni wanita lain.

Akhirnya, Aimi boleh menjalani hidup tenang tanpa gangguan selepas dia berpindah ke rumah sewa lain.

Artikel Lain