suria

Bau bangkai, 3 pemuda terkejut lihat keadaan jenazah kawan lama... Dalam ketakutan tetap bantu mandikan!

Aib si mati tidak sepatutnya disebarkan sehingga menjadi bualan ramai. -Gambar hiasan

SAHABAT sejati tetap akan mencari jalan untuk hadir memberi penghormatan terakhir kepada rakan yang meninggal dunia.

Begitulah juga Badrul, Fahim dan Zafri yang terus bergegas ke Pahang sejurus menerima khabar duka kematian rakan lama mereka, Saiful.

Perjalanan dari Kuala Lumpur bermula kira-kira pukul 8 pagi dan mereka tiba di kampung arwah lebih kurang tiga jam kemudian.

Setibanya di lokasi, mereka melihat sehelai kain menutupi tubuh Saiful yang terbaring kaku di ruang tamu, dikelilingi beberapa individu yang sedang membaca surah Yasin.

Seorang lelaki tua memberi kebenaran untuk mereka membuka kain itu sedikit bagi menatap wajah terakhir arwah.

Lelaki juga boleh tumpah air mata saat berdepan kehilangan sahabat tersayang. -Gambar hiasan 

Namun sebaik kain itu diselak, ketiga-tiga mereka terkejut besar melihat wajah arwah membengkak dan penuh lebam.

Bau busuk menusuk hidung seperti bangkai, membuatkan mereka saling berpandangan tanpa sepatah kata.

Badrul menelan air liur, sementara Fahim menunduk, cuba menenangkan dirinya yang mulai menggigil.

Walau hati berat dan takut, mereka tetap membantu memandikan jenazah dengan penuh rasa tanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ‘disorok’ ketika bercuti di pulau ditemukan dalam semak tepi pantai... Kawan-kawan dalam resort diganggu suara wanita mengilai

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bergayut' hampir sejam, pemuda terkedu dapat tahu sahabat dah 3 hari jadi arwah

Selain proses pengurusan jenazah, arwah akhirnya selamat dikebumikan selepas waktu Asar.

Selesai pengebumian, mereka menghadiri kenduri tahlil di rumah keluarga arwah, menikmati hidangan tanpa banyak bicara.

Selepas selesai semuanya, Badrul, Fahim dan Zafri kembali memandu ke ibu negara namun suasana dalam kereta sunyi sepi.

Di tengah perjalanan, Fahim akhirnya bersuara tentang apa yang mereka lihat di rumah arwah.

Dia teringat cerita lama bahawa Saiful pernah berguru dengan seorang bomoh untuk mendapatkan minyak pengasih dan kerap berjudi sepanjang hayatnya.

Mereka saling berpandangan, lalu bersetuju untuk menyimpan rahsia itu dan menganggap kejadian berkenaan sebagai kebesaran Allah dan peringatan buat hamba-hamba-Nya.

Perjalanan mereka diteruskan dan suasana kembali sunyi, hanya cahaya lampu jalan yang menemani.

Artikel Lain