PERTANDINGAN Miss Universe 2025 dilanda kontroversi selepas berlaku pertengkaran antara Miss Mexico, Fatima Bosch, dan pengarah pertandingan dari Thailand, Nawat Itsaragrisil.
Rakaman kejadian [Tonton Video] antara dua individu itu tular di media sosial sehingga ia menjadi bualan peminat di seluruh dunia
Dalam insiden itu, Nawat secara terbuka mempersoalkan Fatima kerana tidak menghadiri sesi penggambaran bersama penaja.
Lebih mengejutkan, Nawat turut memanggil Fatima dengan gelaran 'bodoh' sebelum meminta pasukan keselamatan campur tangan.
Insiden itu menyebabkan Fatima dan beberapa peserta lain meninggalkan acara tersebut.

Tangkap layar video kejadian yang tular.
Selepas kejadian itu, Fatima memberitahu wartawan dia berasa terhina dengan insiden berkenaan.
“Saya sangat sayangkan Thailand. Saya hormati semua orang di sini, mereka sangat baik.
"Tindakan pengarah (Nawat) sangat tidak menghormati, dia memanggil saya ‘bodoh’ hanya kerana dia ada masalah dengan organisasi,” katanya.
Susulan insiden itu, Fatima meraih ramai peminat baharu yang secara terbuka menyuarakan sokongan buat dirinya.
Siapa sebenarnya Fatima Bosch?
1. Fatima yang baru berusia 25 tahun merupakan seorang model.
2. Fatima berasan dari Santiago de Teapa, di negeri Tabasco.
3. Dia memiliki kelulusan dalam bidang reka bentuk fesyen dan pakaian.

Fatima mendedahkan dia mula terlibat dalam kerja-kerja komuniti sejak remaja.
4. Fatima pernah berkongsi secara terbuka yang dia membesar dengan disleksia, ADHD dan sifat hiperaktif, yang menjadi punca dia sering dibuli.
5. Kejadian-kejadian buli yang dialami menjadi pendorong untuk dia melibatkan diri dalam kerja-kerja komuniti sejak usia 14 tahun.
6. Fatima tidak mempunyai pengalaman dalam pertandingan ratu cantik sebelum ini, walaupun telah beberapa kali menerima jemputan sejak 2019.
7. Dia akhirnya dinobatkan sebagai Miss Universe Mexico 2025 pada 13 September di Istana Kerajaan Guadalajara, Jalisco.
8. Berlaku kontroversi sewaktu kemenangannya apabila hanya empat daripada 31 peserta lain datang memeluknya.
9. Timbul dakwaan yang rata-rata peserta Miss Universe Mexico menyokong naib juara berbanding Fatima yang diangkat sebagai pemenang utama.
10. Selain gemar menunggang kuda, Fatima juga suka bermain tenis, membaca dan melukis.


