suria

Muda-muda dah botak? Cuba elak dua jenis minuman ini, rambut pasti sihat dan lebat

Masalah rambut yang kronik boleh mencacatkan penampilan. -Gambar hiasan

MASALAH rambut menipis atau gugur sering membuatkan ramai berasa tidak selesa dan kurang yakin dengan penampilan mereka. 

Justeru, penting untuk memahami punca rambut gugur dan cara-cara untuk menjaga kesihatan rambut agar keyakinan diri tidak terus terjejas.

Namun tahukah anda, peningkatan usia bukan satu-satunya faktor yang menyebabkan rambut anda menjadi nipis atau gugur, tetapi sebenarnya pemakanan turut menjadi penyumbang utama.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat 'syampu' sendiri guna 2 bahan mudah... Masalah uban selesai, rambut lebat dan hitam berkilat

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nutrition And Health, minuman manis dan alkohol dikaitkan dengan risiko keguguran rambut yang lebih tinggi.

Kajian ini menganalisis 17 kajian berbeza mengenai diet dan kesihatan rambut.

"Apabila mengambil terlalu banyak gula, badan kita menghasilkan insulin tinggi, yang boleh menyebabkan keradangan dan mengganggu kitaran semula jadi pertumbuhan rambut," demikian menurut seorang pakar diet dari Universiti Florida, Profesor Laura Acosta. 

Bukan itu sahaja, alkohol boleh menyebabkan kekurangan nutrien, masalah penyerapan nutrien, tekanan pada hati, tidur yang tidak berkualiti, dan keradangan seluruh badan, yang kesemua ini boleh merosakkan pertumbuhan rambut.

Kekurangan protein juga boleh menyebabkan rambut gugur, ujar Prof Acosta.

Beliau mengesyorkan untuk mengambil setengah gram protein bagi setiap 0.45 kilogram berat badan secara harian.

Pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Jila Senemar menambah bahawa hormon diet, dan keguguran rambut semuanya berkait rapat, terutama bagi wanita menopaus.

HAIR LOSS

Pemilihan makanan yang kaya dengan protein dan bersifat antioksidan dapat membantu mengatasi masalah rambut gugur. -Gambar hiasan

Oleh itu, penting untuk kita menitikberatkan pemakanan yang diambil agar rambut kekal sihat dan lebat. Berikut adalah antara pemakanan yang disyorkan:

1. Protein berasaskan soya contohnya edamame, tauhu

- Mengandungi fitokimia (seperti isoflavon) yang bersifat antioksidan dan anti-radang.

- Membantu mengurangkan risiko keguguran rambut.

2. Sayur-sayuran seperti brokoli atau bunga kobis

- Kaya dengan karotenoid dan antioksidan.

- Menyokong kesihatan rambut secara keseluruhan.

3. Daun pisang kaki

- Mengandungi quercetin, sejenis antioksidan.

- Membantu melancarkan aliran darah ke kulit kepala.

- Boleh diambil sebagai teh atau suplemen.

- Meningkatkan ketebalan dan kepadatan rambut.

4. Minyak biji labu

- Kajian kecil menunjukkan penggunaannya selama 24 minggu membantu pertumbuhan rambut lelaki.

- Mengurangkan hormon DHT yang menyebabkan rambut menipis.

Suplemen yang disyorkan untuk rambut: 

- Vitamin D

- Zat besi

- Biotin (Vitamin B7)

- Zink

Artikel Lain