suria

Migrain lepas masuk surau, wanita tegur individu bertudung! 'Inner' tebal, rambut basah antara punca bau kepam

Segelintir wanita mengalami masalah bau rambut. -Gambar hiasan AI

SEGELINTIR wanita berhijab menghadapi masalah bau kurang menyenangkan berpunca dari rambut dan kulit kepala.

Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keyakinan diri, malah membuatkan mereka tidak selesa sepanjang hari.

Di Thread, seorang wanita mendedahkan bau busuk itu mungkin berpunca daripada penggunaan skarf atau anak tudung secara berulang.

Antara lain, dia berkata masalah itu juga boleh berlaku jika seseorang itu tidak mencuci rambut mereka setiap hari.

"Gadis-gadis yang berhijab, tolonglah selalu tukar skarf tudung atau tolong cuci rambut sekurang-kurangnya dua hari sekali. Kalau boleh, sehari sekali lagi bagus.

"Hari ni saya pergi surau pejabat, ada beberapa wanita buka tudung untuk ambil wuduk. Sekali dia buka tudung, bau kepam sedunia weh.

"Sumpah terus migraine satu hari tu. Dah la tengah puasa ganti, tak tahan terus saya berbuka," kongsi wanita itu.

Ada wanita yang tidak mencuci rambut mereka setiap hari. -Gambar hiasan AI

Di ruangan komen, seorang lagi wanita berkata rambut yang tidak dikeringkan dengan betul juga boleh menjadi punca masalah bau.

"Yang bertudung ni kebanyakannya sebab tak keringkan rambut betul-betul, lepas tu terus pakai skarf tudung.

"Rambut tersorok di dalam, pakai pula inner tebal. Memang akan ada bau sikit. Jadi kena rajin pakai hair mist," tulis wanita itu pula.

Petua mudah

Selain produk penjagaan rambut di pasaran, tidak salah sekiranya anda mencuba petua tradisional bagi mengatasi masalah bau rambut.

Anda boleh memotong limau nipis serta daun pandan dan gaulkan ia bersama sesudu garam.

Apabila sudah sebati, lumurkan ia di seluruh kepala sambil membuat urutan bagi meratakannya.

Biarkan beberapa minit dan cuci hingga bersih.

Selain mewangikan rambut, petua ini dikatakan boleh membantu menghilangkan pening dan menyejukkan kepala.

 

Artikel Lain