suria

Tiap-tiap bulan bayar ‘extra’, tapi tempoh pinjaman masih sama... Rupanya selama ini peminjam buat silap!

Pengurusan hutang yang bijak memerlukan disiplin dan motivasi. -Gambar hiasan

MELIHAT baki pinjaman rumah yang tidak berkurang walau bayaran bulanan dilakukan tanpa culas pasti membuatkan ramai berasa tertekan.

Tambahan pula ada yang membuat lebihan bayaran berbanding jumlah yang ditetapkan setiap bulan.

Jika anda tertanya-tanya tentang hal tersebut, ikuti penjelasan daripada pakar kewangan Financial Faiz menerusi TikTok.

"Ada yang bertanya apakah perbezaan antara capital repayment dengan advance repayment.

"Konsepnya, anda anggaplah advance repayment dan bulanan adalah lebih kurang sama... bayaran ekstra tu adalah untuk bulan depan.

"Contohnya loan RM1,000 tapi nak bayar RM3,000. Automatik RM2,000 tu dianggap sebagai advance repayment," jelasnya.

Sementara itu menurut Faiz, capital repayment atau bayaran pokok pula adalah kadar faedah kepada bank yang dikira berdasarkan baki hutang setiap hari.

Lelongan awam dilakukan apabila pemilik gagal menjelaskan bayaran pinjaman atau disenaraikan sebagai muflis. -Gambar hiasan

Lelongan awam dilakukan apabila pemilik gagal menjelaskan bayaran pinjaman atau disenaraikan sebagai muflis. -Gambar hiasan

"Kemudian keuntungan itu akan dikumpul untuk satu bulan, apabila anda bayar pinjaman... sebahagian pinjaman itu akan digunakan untuk bayar profit kepada bank dan sebahagian lagi untuk kurangkan baki pinjaman.

"Jadi capital repayment bertujuan untuk mengurangkan baki hutang pada hari atau pada waktu anda membuat bayaran.

"Contohnya, pada hari ini baki hutang adalah RM200,000, kemudian anda letak RM10,000, jadi baki hutang akan tinggal RM190,000.

"Pada hari itulah interest atau profit yang dikira pada hari itu dan hari-hari akan datang adalah berdasarkan RM190,000, tetapi bayaran bulanan tetap sama," tambahnya.

Kaedah ini seterusnya membolehkan peminjam dapat bebas hutang dengan cepat.

Jika bayaran dilakukan mengikut jumlah yang ditetapkan, pengurangan pinjaman menjadi lambat dan mengikut tempoh yang ditetapkan.

"Kalau nak pendekkan, bayarlah capital repayment... bagaimanapun ia untuk pinjaman semi-flexi.

"Jika full-flexi, dia punya kaedah berlainan kerana setiap bank ada full-flexi yang berbeza-beza," jelasnya lagi. 

Artikel Lain