suria

Teruja dapat kunci rumah baharu? Ini panduan lengkapkan kediaman anda guna bajet bawah RM10,000

Berpindah ke kediaman baharu sememangnya menjadi saat mencabar dari segi kewangan. -Gambar hiasan

BERPINDAH ke rumah baru adalah detik yang menggembirakan, namun boleh juga menjadi saat mencabar daripada sudut kewangan. 

Bermula daripada pembelian perabot, barangan elektrik, sehinggalah kepada pengubahsuaian, ramai yang berasa tertekan untuk menguruskan bajet dengan bijak. 

Persoalan yang sering timbul, apa yang perlu didahulukan dan boleh ditangguhkan?

ARTIKEL BERKAITAN: Tiap-tiap bulan bayar ‘extra’, tapi tempoh pinjaman masih sama... Rupanya selama ini peminjam buat silap!

Sebenarnya, dengan bajet permulaan kurang daripada RM10,000, anda sudah boleh melengkapkan ruang tamu, dapur dan bilik tidur utama.

Berikut adalah panduan ringkas untuk membantu anda menyusun keutamaan dan mengelakkan pembaziran semasa mengurus bajet apabila masuk ke rumah baharu khususnya jenis kondominium, sebagaimana perkongsian @ariffmokhtar.

Bilik tidur utama:

Langsir - RM500

Downlight + kipas - RM300

Katil bersaiz queen + tilam - RM700

Rak baju gantung + storage box - RM200

Total = RM1,700

beautiful wooden wardrobe in a roomPemilik rumah disarankan membeli kelengkapan perabot asas terlebih dahulu. -Gambar hiasan

Ruang tamu

Langsir - RM700

Downlight + kipas - RM500

Kabinet televisyen - RM300

Televisyen 55 inci (terpakai) - RM800

Sofa (terpakai) - RM500

Meja makan - RM700

Total = RM3,500

Dapur juga antara ruang yang memerlukan perbelanjaan besar. -Gambar hiasan

Dapur

Anggaran untuk jenis kondominium - RM4,500. Dengan bajet ini anda boleh dapat kabinet dapur yang proper.

Total = RM9,700

Berpindah ke rumah baru tidak seharusnya menjadikan anda tertekan daripada segi kewangan. 

Kunci utama adalah merancang, menyusun keutamaan, dan berbelanja mengikut kemampuan.

Rumah yang selesa bukan semata-mata bergantung kepada kemewahan, tetapi pada pengurusan yang bijak dan suasana harmoni dalam keluarga.

Semoga bermanfaat!

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia