suria

Tak pernah hutang bank? Penasihat kewangan kongsi cara cipta kredit skor, senang sikit nak buat pinjaman

Rekod pembayaran hutang lama akan dinilai sebelum bank meluluskan pinjaman baharu anda. -Gambar hiasan

INDIVIDU yang merancang untuk memohon pinjaman bank pastinya pernah mendengar tentang credit score.

Namun, mungkin masih ramai dalam kalangan kita yang kurang mengerti tentang istilah itu.

Menurut penasihat kewangan Financial Faiz, credit score dalam bahasa yang mudah boleh diibaratkan seperti buku laporan sekolah.

"Anggaplah credit score adalah report card untuk masuk sekolah berasrama. Jadi sekolah berasrama tu tengoklah report card, kenapa ada subjek dapat B, C dan D?

"Maknanya ini bukan budak pandai. Jadi kamu rasa sekolah berasrama akan terima permohonan anda ke? Sudah tentu akan tolak. Bandingkan dengan orang yang dapat A.

"Itulah credit score iaitu rekod pembayaran balik kredit hutang-hutang sedia ada," jelasnya menerusi video di TikTok.

Jaga rekod pembayaran

Menurut pempengaruh itu, rekod pembayaran hutang seseorang juga menjadi kriteria untuk bank meluluskan pinjaman seterusnya.

"Contohnya anda ada pinjaman peribadi RM5,000. Bayar sebulan RM100. Ada satu waktu anda tak bayar. Selepas itu nak beli rumah, bank akan nampak credit score and credit record. 

Pemilik akaun TikTok Financial Faiz memberi penjelasan tentang credit score menerusi TikTok.

"Setakat RM100 tak nak bayar, kalau bagi hutang RM1,000 lagi tak boleh bayar. Bank ada kriteria yang perlu dijaga iaitu Non-Performing Loan (NPL).

"Apabila bank bagi hutang, anda kena bayar balik. kalau tidak bank akan kena. Bank Negara Malaysia (BNM) kata kenapa bank tak filter customer, sampai ramai tak bayar hutang. 

"Jadi itu tanggungjawab bank untuk pastikan anda bayar balik dan salah satu cara untuk mereka pastikan anda bayar balik adalah dengan melihat rekod-rekod kredit anda sebelum ini," jelasnya lagi.

Tak pernah berhutang

Dalam video sama, Financial Faiz turut menjawab persoalan ramai mengenai status permohonan pinjaman bagi individu yang tidak pernah berhutang dengan bank.

Ujarnya, bank mungkin sukar untuk meluluskan permohonan pinjaman memandangkan individu itu tidak pernah mempunyai rekod pembayaran sebelumnya.

"Kalau anda tak ada hutang langsung, anda bangga tak ada hutang dan (beranggapan) apabila nak apply hutang baharu, mesti senang. Jawapannya tak juga.

"Apabila bank tak kenal anda, susah bank nak luluskan pinjaman besar. Cara terbaik dapatkan hutang kecil. Contohnya ASB Financing dan kad kredit. Kad kredit tu, ambil tapi tak guna pun tak apa.

"Tapi kalau anda guna lagi elok, sebab ia boleh kumpul points, boleh jaga spending. Janganlah pakai untuk beli barang yang anda tak mampu beli kalau tiada kad kredit," ujarnya.

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia