suria

Tak cukup deposit beli rumah? Ejen hartanah kongsi 6 sumber kewangan, nombor 2 paling popular

Selain wang deposit pembeli rumah juga perlu menyediakan kos bayaran peguam. -Gambar hiasan

RAMAI dalam kalangan kita menabung selama bertahun-tahun demi merealisasikan hasrat membeli rumah.

Menurut seorang ejen hartanah dikenali sebagai Zulhisham, ada individu yang mampu membeli rumah, namun hasrat terhalang kerana tidak memiliki wang deposit secukupnya.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, Zulhisham menyenaraikan enam sumber deposit yang boleh digunakan orang ramai untuk membeli kediaman.

"Bagi saya ramai orang di luar sana layak ataupun mampu nak beli rumah cuma terhalang sebab tak ada duit deposit.

"Kali ini saya kongsikan enam sumber deposit yang anda boleh dapatkan untuk beli rumah tahun ini. Ia berdasarkan pengalaman pembeli-pembeli rumah yang saya uruskan sebelum ini," ujarnya.

1. Duit simpanan

Duit gaji, bonus hujung tahun dan dividen boleh disimpan untuk dijadikan sebagai deposit beli rumah. 

Selain duit untuk deposit, anda juga kena sediakan juga duit untuk kos peguam dan sebagainya.

2. Ibu bapa

Sumber kedua yang popular ialah ibu bapa. Pembeli boleh pinjam duit ibu bapa dahulu untuk dijadikan sebagai deposit.

Happy Asian couple looking for their new house and shake hands with real estate broker after a deal. Young couple handshaking real estate agent after signing contract for buy house.

Memiliki rumah sendiri dianggap sebagai satu kejayaan dalam kehidupan. -Gambar hiasan

3. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Pekerja swasta boleh guna akaun 2 KWSP untuk membayar deposit bagi membeli rumah.

4. Pinjaman kerajaan

Bagi penjawat awam, mereka bertuah kerana boleh mendapatkan pinjaman kerajaan untuk membeli rumah.

Namun, mereka juga perlu menyediakan duit sendiri untuk kos peguam dan sebagainya.

5. Pinjaman peribadi

Kaedah ini tidak digalakkan. 

Namun jika anda tiada pilihan, sila rujuk ejen hartanah atau pegawai bank untuk dapatkan nasihat.

6. Rumah zero/ low deposit

Cari rumah low atau zero deposit, kini terdapat banyak projek yang low atau zero deposit.

Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan wang untuk membayar deposit rumah.

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia