suria

Ramai pemilik bisnes F&B 'bergelut' nak maju, ini 6 langkah mudah tapi padu ganda 'sales' hingga 5 kali ganda

Setiap peniaga berdepan risiko tanggung kerugian dalam perniagaan. -Gambar hiasan AI

BAGI pemilik bisnes makanan dan minuman (F&B) yang sedang bergelut untuk meningkatkan jualan, strategi pemasaran yang sistematik dan berkesan amat penting bagi memastikan perniagaan dikenali, mampu bertahan dan seterusnya berkembang.

Perkongsian seorang pakar strategi pemasaran dan perunding bisnes, Nadeem Shah, yang telah mengendalikan perbelanjaan iklan mencecah jutaan ringgit dan menjana lebih RM100 juta dalam jualan untuk pelbagai jenama tempatan boleh dijadikan panduan.

Berikut ialah pelan pemasaran asas yang sering digunakan untuk klien-klien dalam industri F&B dan telah terbukti mampu menggandakan hasil jualan mereka sebanyak dua hingga lima kali ganda.

1. Fokus pada satu menu 'padu' atau khas

Jangan promosikan semua menu serentak. Pilih satu menu ‘signature’ iaitu hidangan paling laris, sering mendapat pujian pelanggan dan kerap habis lebih awal daripada yang lain.

Menu 'signature' mudah dijadikan kandungan pemasaran (bahan content) dan berperanan sebagai 'anchor' untuk menarik perhatian pelanggan baharu.

2. Bina atau rancang kandungan (content plan) 80/20

Gunakan strategi pembahagian kandungan mengikut nisbah 80 peratus untuk soft sell, 20 peratus untuk hard sell.

Soft sell membantu membina kepercayaan dan mencetus keinginan membeli:

a. Video penyediaan menu utama

b. Ulasan pelanggan setia

c. Tip dapur dan bahan segar

d. Cerita di sebalik resipi

Hard sell pula memberi dorongan terus kepada tindakan pembelian:

a. Promosi set makan tengah hari

b. Percuma minuman untuk pelanggan walk-in

c. Tawaran jika buat tempahan tiga pax (bungkus) makan, percuma satu pax

Format kandungan boleh dalam bentuk video pendek, gambar, 'behind the scenes' (sebalik tabir pembikinan) atau siaran langsung (live).

Peniaga makanan akan rugi teruk jika hasil jualan tidak memberangsangkan. -Gambar hiasan AI

3. Iklan berbayar secara lokaliti (RM5 hingga RM10 sehari)

Tumpukan kepada pelanggan sekitar dalam radius lima hingga 10 kilometer sahaja. 

Gunakan jenis iklan seperti testimoni pelanggan, visual makanan 'signature' yang sedang dimasak dan promosi harian terhad.

Letakkan butang tindakan terus ke WhatsApp atau Google Maps untuk mudahkan pelanggan ke lokasi anda.

4. Google My Business (GMB) bantu jualan

a. Daftar profil lengkap GMB

b. Muat naik gambar kedai dan menu

c. Galakkan pelanggan beri ulasan

d. Kemas kini waktu operasi

e. Balas semua komen pelanggan

Boleh rujuk tutorial ringkas di YouTube. 

Jika mahu lebih mudah, Nadeem turut menyediakan kenalan untuk servis setup GMB secara profesional.

Iklankan barang jualan di media sosial supaya produk lebih dikenali. -Gambar hiasan AI

5. Kumpul database, 'retargeting' (strategi tayangkan iklan kepada ramai)

Gunakan kaedah pengumpulan data pelanggan seperti nombor telefon semasa mereka membuat pesanan atau pembayaran.

Mula dengan Google Form atau nota ringkas di telefon. 

Kemudian, hantar promosi eksklusif mingguan kepada pelanggan setia dan gunakan sistem WhatsApp Blaster untuk tingkatkan jualan dan tawaran khas.

6. Audit dalaman operasi

Ini adalah aspek penting yang sering diabaikan. Masalah dalaman boleh memberi kesan langsung kepada hasil jualan, antaranya:

a. Makanan tidak konsisten

b. Layanan staf tidak mesra

c. Waktu operasi tidak tetap

d. Kedai bersepah, tidak selesa

Selesaikan isu operasi dahulu sebelum menambah bajet untuk pemasaran.

Jelas Nadeem, peniaga tidak perlu strategi yang terlalu kompleks dan hanya fokus kepada asas, seterusnya buat secara konsisten selama 30 hari. 

Antara hasil yang boleh dilihat adalah menu dikenali, ulasan Google meningkat, jumlah pelanggan bertambah dan naik secara signifikan.

Untuk makluman, Nadeem turut menawarkan konsultasi dan latihan peribadi kepada pemilik bisnes yang serius mahu berkembang secara konsisten dan strategik.

Artikel Lain