suria

Luar biasa! Pemuda ini berjaya simpan sekitar RM840,000 dalam masa 6 tahun... Hanya belanja RM5 sekali makan

Lelaki ini memperuntukan kira-kira RM5 bagi setiap hidangan.

SEORANG pemuda berusia 29 mengejutkan ramai selepas mendedahkan cara hidup yang terlalu berjimat bagi memperbanyakkan tabungannya.

Bagi mencapai matlamatnya itu, dia yang menetap dan bekerja di Beijing, China hanya berbelanja kurang daripada RM5 untuk setiap hidangan.

Melalui gaya hidup yang terlalu berjimat atau super thrifty itu, dia berjaya menyimpan 1.3 juta Chinese Yuan (kira-kira RM768,844) dalam masa enam tahun.

Kisahnya dikongsi secara terbuka dan mendapat perhatian ramai di media sosial. 

Berikut enam perkara menarik tentang kisah lelaki yang dikenali sebagai 'Little Grass Drifting North' ini:

1. Had belanja makan setiap bulan

Lelaki ini hanya memperuntukkan sekitar 500 Chinese Yuan (RM295) sebulan untuk makan. 

Semua makanan dimasak sendiri dan kos setiap hidangan biasanya hanya beberapa yuan, iaitu bawah RM5.

2. Jarang ambil cuti kerja

Sejak tamat pengajian di universiti enam tahun lalu, dia hampir tidak pernah ambil cuti panjang. 

Bahkan, dia tidak pernah ambil cuti tujuh hari penuh sewaktu cuti umum seperti Tahun Baru Cina.

Lelaki ini menyimpan duit untuk kesenangan kedua-dua orang tuanya.

3. Trauma masa kecil jadi pemangkin

Sikap berjimat cermatnya berpunca daripada pengalaman pahit ketika kecil apabila ibunya sakit tenat semasa di di darjah lima. 

Keluarganya terpaksa berhutang lebih 100,000 Chinese Yuan (RM59,000) untuk kos rawatan. 

Sejak itu, dia berazam mahu sentiasa bersedia daripada segi kewangan agar tidak bergantung pada sesiapa lagi.

4. Kerja keras

Sehari selepas selesai peperiksaan masuk universiti, dia mula bekerja sambilan namun tidak dinyatakan secara terperinci.

Fokus utamanya adalah menyimpan wang sebanyak mungkin demi kestabilan masa depan.

5. Duit bukan untuk diri sendiri sahaja

Walaupun gaya hidupnya sangat sederhana, dia menyimpan wang bukan untuk kemewahan peribadi. 

Sebaliknya, dia bercita-cita mahu beli rumah dan kereta dengan duit sendiri supaya ibu bapanya boleh hidup selesa dan melancong.

Dia juga mahu berkahwin dan bina keluarga apabila kewangan sudah stabil.

6. Mula jaga kesihatan selepas 'tanda amaran'

Akibat gaya hidup terlalu fokus pada kerja, dia mula alami masalah kesihatan seperti kolesterol tinggi dan peredaran darah tidak lancar. 

Kini, dia lebih prihatin untuk labur dalam kesihatan dan kebajikan keluarga. -Agensi

Artikel Lain